Zoo Negara bagi tiket percuma bulan Disember 2017

image.jpg

KUALA LUMPUR –  Zoo Negara menawarkan tiket kemasukan percuma buat warganegara Malaysia yang menyambut harijadi dari 1-31 Disember tahun ini.

Timbalan Presiden Zoo Negara, [email protected] Ahmat Lana berkata, tiket kemasukan percuma termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) itu ditawarkan kepada pengunjung yang datang pada hari lahir mereka berkenaan sahaja.

“Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC.

 “Promosi berkenaan adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma itu. Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.

 “Bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan  bayaran  RM21,”  katanya. – Bernama

The following two tabs change content below.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge