[VIDEO] Pembaca Berita Tak Tahan Gelak Ketika Membacakan Berita Secara “Live”

goatlaugh_00.jpg

Super kelakar – Pembaca berita tidak dapat menahan ketawa ketika membaca berita mengenai ahli biologi yang digelar sebagai ‘Goat Man’.

Tom Thwaites, seorang ahli biologi, mengambil keputusan untuk merasai kehidupan sebagai haiwan, oleh itu dia pergi ke Alpen Switzerland untuk melakukan penyelidikan mengenai alam sekitar dan hidupan liar. Yang lebih mengejutkan, dia memilih kambing sebagai subjek penyelidikannya.

Tom Thwaites menghabiskan tiga hari di pergunungan untuk makan, berehat dan bermain dengan kawanan kambing gunung yang dijinakkan untuk kajian ilmiahnya.

Sebelum memulakan ekspedisi sains, beliau bertanya kepada Dr Glyn Heath yang merupakan pakar prostesis yang terkemuka untuk mereka sepasang kaki kambing istimewa. Dia meyakinkan Dr Glyn bahawa ekspedisi itu akan menjadi pengembaraan yang hebat dan itulah sebabnya dia digelar ‘Goat Man’.

Tom Thwaites telah merekodkan penyelidikannya dan memohon anugerah IG Nobel yang terkenal (lebih kurang sama seperti Hadiah Nobel). IG Nobel memberikan hadiah kepada penyelidikan yang dianggap ‘gila’ tetapi sebenarnya sangat membantu dalam menangani masalah dunia hari ini.

Menurut Tom, ketika ia bersama-sama dengan kumpulan kambing, dia melakukan kegiatan yang sama yang dilakukan oleh kambing seperti meragut rumput dan berjalan seperti seekor kambing.

Ada satu ketika dia sedang meragut rumput, beberapa kambing berhenti mengunyah dan dia dapat melihat bahawa mereka menghampiri dia. Tom berkata kepada BBS News, “Saya berasa sangat terkejut dan merasakan bahawa kambing mahu memukul saya.”

Tom tidak hanya berjalan dalam sekelompok kambing untuk mengetahui perasaan hidup sebagai kambing tapi dia juga melakukan segalanya seperti bagaimana kambing normal akan lakukan.

Selepas menamatkan penyelidikan, Tom membawa pulang hadiah Biologi untuk tinggal di alam liar sebagai badger, pemangsa, rusa, rubah dan burung.

Ia mungkin tidak masuk akal kerana dia sanggup menjadi ‘kambing’ demi membuat penyelidikannya. Orang mungkin tidak dapat berhenti ketawa ketika mengetahui keseluruhan cerita.

Ini adalah apa yang berlaku kepada pembaca berita yang membuat liputan mengenai kisah Lelaki Kambing ketika mereka tidak dapat berhenti ketawa semasa rakaman hidup.

Walau bagaimanapun, adakah anda menyedari betapa pentingnya dunia mempunyai seseorang seperti Tom? Walaupun dia dinamakan Goat Man tetapi penyelidikannya telah menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di dunia hidupan liar yang tidak diketahui atau dilihat secara umum.

Tahniah dan terima kasih kepada Tom kerana menyumbang maklumat berguna kepada dunia tentang hidupan liar.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge