Upiak Isil Di Stage Meletop Nafi Ada 19 Album Tapi Satu Lagu Jer Laku

upik-faf.jpg

Gadis yang berasal dari Sumatra Indonesia ini berbangsa Minang kecik cilek molek ini bernama Upiak Isil seorang yang ceria peramah dan mesra orangnya. Upiak isil jugak tidak menyangka akan sampai ke tahap ini. Stage Meletop mengundang Upiak Isil dengan pembukaan lagu yang tengah top sekarang iaitu lagu Tak Tun Tuang.

Boleh di katakan huru hara jugak lah stage Meletop dengan persembahan yang sangat awesome dari Upiak Isil. Neelofa dan Nabil pun pening dengan Upiak Isil ni. Boleh di katakan dia sangat berbakat dan mampu melawak juga.

Neelofa dan Nabil bertanya kepada Upiak Isil dari mana terhasilnya lagu Tak Tun Tuang ini. Kata Upiak Isil, lagu ini terhasil dari asal perangai beliau yang malas mandi. Tapi walaupun malas mandi dia tetap cantik katanya. Berdekah jugak gelak Neelofa dan Nabil mendengar telatah Upiak Isil ini.

Upiak jugak Nafi mempunyai 9 album tapi satu lagu je laku iaitu Tak Tun tuang, setiap satu album mempunyai 8 ke 9 lagu. Banyak jugak tu, Nabil turut bersimpati sambil sindir menyindir Upiak Isil dengan lawaknya. Sebelum nama Upiak Isil ini naik dengan mendadaknya, Ada jugak yang membuat cover lagu Tak Tun Tuang ini, di Youtube.

Selepas itu lagu Tak Tun Tuang menjadi buah mulut orang Malaysia dan Thailand, Pelbagai rancangan tv dan event mengundang Upiak Isil ini untuk menyanyikan lagu Tak Tun Tuang ini. Lelaki yang menyanyi dan membuat cover lagunya boleh di katanya famous dia social media facebook, smule, youtube bernama Andi Bernadee. Bermula itu lagu ini makin di kenali ramai di Malaysia.

Nabil bertanya apa maksud Tak Tun Tuang, kata Upik Isil Tak Tun Tuang tu asalnya bunyi dari gendang mulutnya sendiri. Bila menyanyi dia akan sertakan buyi gendang hasil dari mulutnya berbunyi Tak Tun Tuang Tak Tun Tuang.

Dr Fuh ingin mengucapkan tahniah kepada Upiak Isil dan teruskan perjuangan dalam seni hiburan, kerana bakat yang ada padanya bukan biasa biasa. Semoga terus maju di dalam industri hiburan dan nyayian.

Sumber video

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge