Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung – 37 Terkorban

BSLkQGuCAAATeX8.jpg

Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung – 37 Terkorban | Allahu Akhbar. Berita Terkini Dr Fuh dapat seramai 37 orang telah tekorban apabila Bas Ekpress Genting Highland jatuh gaung pada petang tadi. Mayat terakhir iaitu mayat yang ke 37 telah dibawa keluar dari bas tersebut pada jam 8.01 malam tadi.

Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.

Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung - 37 Terkorban, Nama mangsa korban nahas bas Genting jatuh gaung, berita terkini di genting highland bas jatuh gaung

Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata bas tersebut jatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki.

Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.

Gambar bas genting jatuh dalam gaung yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. Mangsa yang terlibat dianggarkan dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun.

Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung - 37 Terkorban, Nama mangsa korban nahas bas Genting jatuh gaung, berita terkini di genting highland bas jatuh gaung

Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah terkorban ialah 37 orang, 16 cedera.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa mangsa yang terkorban terdiri daripada 32 Cina, tiga India dan dua Melayu. Semua mangsa dibawa keluar pada jam 8.15 malam.

Oriental Daily juga melaporkan bahawa bas terbabit membawa 53 penumpang.

Antara kemalangan bas di Genting Highlands

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
 Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.

malaysiakini

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung – 37 Terkorban”

  1. Anuar says:

    Subhan Allah… Sebahagian besar penumpang dalam kejadian kemalangan ini terkorban… Ini merupakan rekod terburuk dalam kes kemalangan yang pernah berlaku di Genting Highland…
    Anuar recently posted…Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…My Profile

  2. hafiz says:

    Rasanya ini yg terburuk dlam sejarah kemalangan di malaysia
    hafiz recently posted…Anggota baru familikuMy Profile

  3. sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka semua…
    boni ultra kacak recently posted…Rajin Setahun Sekali Bila Tiba Hari RayaMy Profile

  4. kakgojes says:

    huhu..ngeri tengok keadaan bas tu
    kakgojes recently posted…ASSIGN JOBS.. siapa bilang tidak mendatangkan hasil?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge