Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi

Tips-Keselamatan-Penumpang-Teksi.jpg

Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.

Di sini Dr Fuh berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.

2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.

3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.

4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.

5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.

6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.

7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.

8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.

9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.

Kongsikan dengan Dr Fuh jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Semoga ianya bermanfaat.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi”

  1. kucinghitam says:

    lama dah xnaik teksi nie mahal kot huhuhu
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  2. Ezad Skytech says:

    sekarang ni memang kena lebih berhati2…macam2 perkara tak diduga boleh berlaku…
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  3. baby comel says:

    jenayah ada dimana-mana. teksi, bukan setakat kita tak kenal, yg kita kenal pun boleh menjadi salah seorang darinya. jadi berhati2 lah.
    (rasa macam tak aman dan hati tak tenteram pulak kan, sampai nak naik teksi pun hati kita dok terfikir selamat ke tak aku kali ni). yg penting, jaga diri kita ye
    baby comel recently posted…Benci vs Cinta Astro RiaMy Profile

  4. amir zahari says:

    disebabkan segelintir pemandu teksi yg buat tahi, yg baik jujur terpalit.. kalau berlaku lain macam masa dalam teksi, luku je kepala driver dari belakang.. paling bagus ada tepon nokia 3310 keras sikit leh hentak kelapa pemandu..

    dh lama tak naik teksi..
    amir zahari recently posted…Pelik Ikan Muka KhinzirMy Profile

  5. ada betulnya juga ni..sebab sekarang ni jenayah tka mengira tempat..kita kena behati2 selalu

  6. idatimalek says:

    hahaha..memang btul ini semua..penah ada pengalaman masa duduk KL.. T.T
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

  7. Ammar says:

    Biasa perempuan lah selalu terdedah dengan jenayah2 ni.
    Ammar recently posted…Wardina Saffiyah Kecam Ceramah Ustaz Don DaniyalMy Profile

  8. Info yang sgt berguna…terima kasih bnyk2 untuk info ni…keep it up & truskan memberi info2 yg sgt berguna buat semua pembaca… 😉
    Saya Jual Shaklee recently posted…Mitos Tentang KehamilanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge