Tips Elakkan Semut Naik Meja Makan

Tips-Elakkan-Semut-Naik-Meja-Makan.jpg

Tips Elakkan Semut Naik Meja Makan | Ada di antara kita yang menyimpan makanan di atas meja makan. Terutamanya jika terdapat lebihan makanan yang sengaja disimpan di bawah tudung saja untuk mereka yang belum makan.

Tetapi kadangkala makanan terpaksa dibuang apabila semut menyerang makanan yang diletakkan di atas maja makan kita.

Berikut diberikan beberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

Pastikan meja anda tidak berada rapat dan tersentuh dengan dinding atau tiang atau lain-lain struktur rumah. Ini boleh menghalang semut atau serangga merayap lain meniti dari bahagian tersebut naik ke atas meja.

  1. Dengan melakukan perkara tersebut di atas, jalan untuk naik ke atas meja makan hanyalah melalui kaki meja dan juga kaki kerusi. Berikut antara beberapa perkara yang boleh anda buat bagi menghalang semut menggunakan kaki meja atau kerusi:
    1. Ada sesetengah orang kampung meletakkan minyak kelapa yang disapu pada bahagian kaki meja dan kaki kerusi. Ini dapat menghalang semut melalui bahagian yang disapau minyak tersebut untuk naik ke atas.
    2. Ada juga yang meletakkan alas pada kaki meja. Alas tersebut direka khas untuk membolehkan air diletakkan di dalamnya bagi menghalang semut naik ke atas meja. Namun ia tidak paraktikal untuk diletakkan pada kaki kerusi. Oleh itu, anda perlu pastikan kerusi tidak menyentuh meja makan anda.
    3. Satu lagi cara paling mudah adalah dengan menggunakan aerosol pembunuh lipas yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit. Anda hanya perlu menyembur sedikit pada sekeliling kaki meja dan juga kerusi. Sembur semua kaki yang ada dan anda akan dapati banyak semut dan juga lipas yang akan mati jika mereka cuba menghampiri kaki-kaki meja atau kerusi yang ada.

Anda boleh menggunakan teknik yang sama pada almari menyimpan makanan. Tetapi jika anda memasang kabinet yang melekat pada dingding, agak sukar menghalang semut masuk kerana mereka dapat menggunakan dingding sebagai laluan.

Namun begitu anda boleh menggunakan semburan aerosol lipas untuk menyembur secara nipis pada semua bahagian yang menyentuh kabinet dengan struktur rumah lain seperti lantai atau dingsing. Pastikan semua barang dikeluarkan terlebih dulu sebelum membuat semburan.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Tips Elakkan Semut Naik Meja Makan”

  1. Mawardiyunus says:

    nasib baik umah kita xde semut. ahhhaha

  2. Tips ni sangat berguna pada semua surirumah tangga. Akak pun tak pernah tau petua macam ni sebelum ni. thanks
    lekatlekitgurl recently posted…MAKCIK TAKUT LEMBU KORBAN TAK KENAL DIA KAT PADANG MASYARMy Profile

  3. World WarZ says:

    Teknik menyembur aerosol dikaki meja cuma berkesan 4-6 jam aje kemudian keberkesanannye tawar dan perlu diulang ulang setiap hari.. Sedangkan ada Cara yang paling berkesan menghindar semut atau lipas dari berparti atas meja makan kita buat selama lama nye (atau sehingga 6 bulan atau hingga kesetahun) iaitu dengan cara mengintip kepulangan nye balik kejurumun kemudian kerenyam dia cukup cukup dengan penyembur pembunuh serangga .. Huhhh garang.
    Kalau nak lagi senang tipon aje Pest Control Services abis cerita hehehe…

  4. nani says:

    x jalan semua petua ni kt rumah aku..semut kt rumah aku jatuhkan diri dari syiling..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge