Tips Elakkan Bayi Kuning ( Jaundice)

Tips-Elakkan-Bayi-Kuning.jpg

Tips Elakkan Bayi Kuning ( Jaundice) | Ramai ibu bapa yang risau apabila bayi baru lahir mereka mendapat penyakit kuning atau ” jaundice “. Walaupun bayi yang mendapat penyakit ini kerap dijumpai, tetapi hakikatnya tahap ” jaundice” yang teruk boleh menyebabkan pelbagai masalah pada bayi contohnya madalah pendengaran dan kecacatan otak.

Berikut adalah 3 cara mudah yang boleh diambil untuk mengelakkan bayi mendapat “jaundice”:

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal dan sekerap yang boleh.
Susukan bayi sebaik sahaja bayi lahir dan apabila bayi mahu menyusu, tanpa mengira jarak waktu, kerana ini akan menggalakkan pengeluaran susu ibu. Susu ibu adalah sejenis julap ( laxative) yang akan mengeluarkan sisa bilirubin yang berlebihan dan mengurangkan penyakit kuning bayi.

2. Elakkan dari mengambil jamu. Herba tradisional telah terbukti menyebabkan penyakit kuning kerana hati bayi yang belum matang belum dapat memproses herba dan ubatan tradisional.

3. Ikuti jadual pemeriksaan bayi seperti yang ditetapkan. Penyakit kuning yang dikesan awal dapat mengelakkan komplikasi yang teruk pada bayi seperti terpaksa melalui pertukatan darah ( exchange transfusion) bagi mengurangkan kadar bilirubin dalam darah.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Tips Elakkan Bayi Kuning ( Jaundice)”

  1. ada jugak yang bila baby kena kuning terus tak bagi susu ibu bila ada yg kata kuning berpunca dari susu ibu padahal pemakanan si ibu tu kena jaga bukan buang susu ibu & bagi susu formula. kuning ni takde ubat melainkan susu ibu…
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

  2. kucinghitam says:

    kalo dulu mak2 kita selalu suruh jemur bawah matahari pagi

  3. eda says:

    bby kuning sebenar adalah punca p’mknn ketika ibu m’gandung…byk sgt skrg junk food..
    org dulu2 pun mkn juga jamu2 selepas b’salin,bby xde kuning pun…
    nk elakkn kuning bby seng jer..dh nk msuk 7 bln,minum air kelapa(tnp ais @ campuran air)..minum smpi nk b’salin…i’allah,bby xkne kuning…

  4. lalala says:

    Berdasarkn pengalaman saya yg dh ada 3 org ank ni.klo darah o positif mmg xdpt nk elak..cuma nk mengurangkannya bagaimana. Anak 1st n 2nd, saya kne duk wad NICU hampir seminggu ke 2 minggu. Jaundis mmg tinggilah bacaannyer. Mcm2 petua sy buat , alhamdulillah ada yg membuahkan hasil. Jd b4 bersalin ank ke3 saya berterusan ambil minuman yg bleh menyejukkn badan spt air kundur, air sengkuang cina n air kelapa seminggu sebelum hingga bersalin ..so far alhamdulillah..ank ke3 sy xkne tahan wad n jaundis dia pn xtruk mana, 2-3 hari beransur pulih…so sya xperlu ssh hati duk spital…n sy truskn breasfeed ank lah supaya cepat sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge