Tips Dan Petua Untuk Mudah Tidur Malam

sukar-tidur-malam.jpg

Tips Dan Petua Untuk Mudah Tidur Malam | Dekat sini mesti ramai yang sukar untuk tidur malam tepat pada waktunya bukan? Menurut pakar kesihatan dan kita memerlukan tidur selama lebih kurang 8 jam sehari. Namun mengikut sesetengan para Ulamak, kita cuma perlukan tidur yang sempurna hanya 5 jam dan sedikit tidur di waktu tengah hari sebelum masuknya waktu Zohor.

Namun penyakit sukar tidur malam atau nama saintifiknya Insomnia menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk mendapatkan tidur yang cukup. Sebenarnya banyak tips dan petua yang boleh diamalkan untuk mudah tidur malam. Namun pada malam ini Dr Fuh nak kongsi cara mudah tidur dengan memakan makanan-makanan tertentu.

Untuk membolehkan anda tidur lebih nyenyak, tanpa mengambil pil atau ubatan yang tertentu, lebih baik anda mencuba mengambil makanan berikut ini. Sebelum anda beredar untuk tidur yang nyenyak. Sebagai ganti pada ubatan tertentu..

1. Kacang Almond

Kacang segar, terutama badam, dianggap sebagai “makanan berkhasiat” untuk membantu anda tidur lebih nyenyak. Kandungan magnesium dalam kacang mencegah anda mempunyai masalah tidur dan menyebabkan relaksasi otot.

Kandungan protein di dalamnya juga membantu menstabilkan paras gula darah sepanjang tidur. Disarankan untuk memakan badam sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum tidur.

2. Bijirin

Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa bijirin rendah gula boleh juga membantu anda tidur lebih nyenyak. Salah satunya bijirin dengan topping yoghurt.

Kombinasi kedua-duanya boleh membantu mengaktifkan serotonin di otak yang bertanggungjawab untuk menstabilkan ‘mood’ dan mewujudkan kualiti tidur yang lebih baik. Ketika peringkat dari serotonin di tubuh sangat tinggi, maka anda akan merasa ngantuk.

3. Telur Rebus

Jika anda bangun dan merasa lapar di tengah malam, anda mungkin memakan makanan tertentu. Pilihan terbaiknya adalah telur rebus.

Tingginya kandungan protein dalam telur membantu memperbaiki kualiti tidur dan menjaga kesihatan tubuh, sehingga perkara itu memberikan anda perlindungan yang lengkap. Meski begitu, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, disyorkan untuk mengambil putih telurnya saja.

4. Madu Lebah

Tambah madu ke dalam teh sambil menikmati roti kesukaan anda. Madu dapat memperbaiki kualiti tidur. Keserasian untuk merangsang tidur dalam madu boleh menjadi penyelesaian.

5. Popcorn

Popcorn mengandungi cukup karbohidrat untuk membantu memastikan pengambilan yang mencukupi dari trytophan (asid amino) untuk otak.

Asid amino ini digunakan untuk menghasilkan serotonin, yang merangsang anda untuk tidur. Sehingga, tak ada masalah bila memakan popcorn sebelum tidur, selama tidak ada tambahan mentega atau gula.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Tips Dan Petua Untuk Mudah Tidur Malam”

  1. sayidah says:

    susu?hheehe
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  2. cik siti says:

    seriously popcorn blh bantu utk tido? klau cam tu, ada la alasan utk mkn popcorn sblm tido..hhehehe
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

  3. Zuan says:

    hehe ada yang kata kena avoid kopi kalau xnk susah tidur..hehe pada den, kopi xde masalah
    Zuan recently posted…Album Rindukan Cahaya oleh Mu’adzMy Profile

  4. I’m bored to tears at work so I decided to check out your website on my iphone during lunch break. I enjoy the info you present here and can’t wait to take a look when I get home. I’m shocked at how quick your blog loaded on my phone .. I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyways, excellent site!

  5. CK says:

    bagi ibu2 mengandung, sesuai minum susu + badam+madu+ kismis
    CK recently posted…Red Velvet & Black Foret Cheese TartMy Profile

  6. vcore says:

    tips yang berguna nih…tq for sharing
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

  7. amir zahari says:

    Tambah satu lagi, minum susu panas-panas suam agak mujarab juga untuk dapat feel mengantuk tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge