Tips Dan Petua Mudah Jimatkan Elektrik

Jimat-Lektrik.jpg

Tips Dan Petua Mudah Jimatkan Elektrik | Skrg kita dah mengalami kenaikkan harga elektrik. lepas nih sume pakai pelita..nanti jadi macam malam raya lah plak.

So jom kita bace tips-tips menjimatkan elektrik di bawah ini..

Tip Jimat Elektrik 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

Tip Jimat Elektrik 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.

Tip Jimat Elektrik 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Tip Jimat Elektrik 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Tip Jimat Elektrik 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

Tip Jimat Elektrik 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

Tip Jimat Elektrik 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Tip Jimat Elektrik 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Tip Jimat Elektrik 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

Tip Jimat Elektrik 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Tips Dan Petua Mudah Jimatkan Elektrik”

  1. tak pun pakek pelita jer la la la la la

    1. kucinghitam says:

      pelita bahaya lilin ja
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Ummar Farouk says:

    Terpaksalah terima kenyataan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan… Huhu…
    Ummar Farouk recently posted…Rahsia Disebalik Kuih yang Jarang Kita DengariMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xpa sapa2 yang bawah 20rgt free kan ?
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. bill letrik office kiterang naik mendadak 😛

    1. kucinghitam says:

      ala bukan akakk yg bayar pun weeek
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. satu lagi org kata letak air satu gelas dan letakkan atas meter letrik

    1. kucinghitam says:

      buat apa tu apa faedah dia
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. tak pun bila tak guna mana2 peralatan letrik switch off la

    1. kucinghitam says:

      tarik ja plug tue
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  6. nabila biela says:

    bgusnya tip2 ni
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  7. adzril says:

    thanks atas tips yang diberikan.. aritu saya ada baca gak tips nak jimat letrik ni.. 40% .. ni link aff. saya http://deals.mymagicalmorning.com/JimatElektrik
    adzril recently posted…The Apprentice Asia Episode 10 part 1 – Homecoming CollaborationMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge