Tips Dan Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan

kereta-kecemasan.jpg

Tips Dan Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan | Bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau“. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati terutama di jalanraya kerana melibatkan nyawa sendiri dan nyawa orang ramai. Tambahan pula pada musim raya aidilfitri ni dengan keadaan trafik yang sangat sesak mcam-macam boleh berlaku. Disini ada sedikit tips atau pun panduan ketika kecemasan.

Tips Dan Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan

BREK GAGAL BERFUNGSI 

  1. Perkara ini berlaku apabila seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  2. Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  3. Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  4. Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakan pengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  5. Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS 

  1. Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  2. Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  3. Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT 

  1. Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  2. Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  3. Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  4. Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  5. Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA 

  1. Brek secara beransur-ansur.
  2. Naik ke atas bahu Jalan.
  3. Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  4. Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH 

  1. Pegang stereng dengan erat.
  2. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  3. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  4. Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  5. Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  6. Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  7. Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Selamat jalan. Semoga selamat sampai ke destinasi!!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Tips Dan Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan”

  1. sayidah says:

    tak de lesen kereta lagi.hehe
    sayidah recently posted…MOGA BERBAHAGIA CIKGU!My Profile

    1. kucinghitam says:

      jom kita pi ambik
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

      1. Jom ambil ramai2.. Wkaka 😀
        Aniqbukhary32 recently posted…Cara mudah mendapat pahala selepas meninggal duniaMy Profile

  2. Yan Ty says:

    Alhamdulillah , selamat sampai ke kampung halaman tuk beraya dan mudah2an dijauhkan daripada perkara yang tak diingini , amin.
    No plat kereta tu cun , i LIKE!
    Yan Ty recently posted…Aidilfitri di Pulau PinangMy Profile

  3. vcore says:

    tips yang begitu berguna

Leave a Reply to Yan Ty Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge