Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Mudah Dapat Anak

Tidur-Kepala-Ke-Bawah-Untuk-Mudah-Dapat-Anak.jpg

Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Mudah Dapat Anak | Percaya atau tidak, dengan kaedah tidur kepala ke bawah ini, anda akan mudah mendapat anak. Puteri baru terbaca artikel ini, dan penulis dari sumber yang Puteri ambil menyatakan ia berkesan. Usaha kena ada kan, jom kita baca.

Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Mudah Dapat Anak

Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.

Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.

Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Mudah Dapat Anak

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. – Agensi

Wallahualam. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua, terutama yang masih berusaha untuk mendapatkan anak.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Mudah Dapat Anak”

  1. kucinghitam says:

    macam2 la sekarang ni tidur pun ada cara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge