Tentera Mesir bertindak balas

xjet-penggempur-681x454.jpg.pagespeed.ic_.rdTxrWObUU.jpg

KAHERAH  – Tentera udara Mesir te­lah membunuh sejumlah pengganas yang menyerang Masjid al-Rawdah setelah insiden serangan berdarah mengorbankan lebih 300 nyawa dan lebih 100 cedera.

Menurut jurucakap tentera Tamer dalam kenyataannya berkata, tentera udara telah menyerang pengganas yang melarikan diri menggunakan empat buah ken­deraan pacuan empat roda selepas menyerang jemaah solat jumaat di masjid tersebut.

Masjid Al-Rawdah

Serangan juga dilakukan ke atas sejumlah tempat persembunyian penganas dan depot simpanan senjata dan peluru.

Ini adalah kali pertama pengganas menyerang masjid yang sering menjadi tumpuan pengikut sufi di Bir al-Abed, sebuah bandar dalam wilayah utara Sinai.

Menurut saksi kejadian, pengganas itu dilaporkan membakar kenderaan yang diletakkan di kawasan sekitar untuk menghalang laluan ke masjid yang terletak kira-kira 40 kilometer di bandar El-Arish dan menembak beberapa ambulans yang cuba membantu mangsa.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengakui bertanggunjawab me lakukan serangan terburuk dalam sejarah negara ini dan membunuh 30 kanak-kanak.

Timothy Kaldas, seorang profesor di University Nile di sini memberitahu Al-Jazeera bahawa serangan yang dilakukan itu menyamai corak serangan yang dilakukan oleh militan Daesh.

Abdel Fattah al-Sisi, sebelum ini berikrar untuk bertindak balas dan mengambil tindakan paling tegas terhadap dalang serangan tersebut dan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, mulai hari ini.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengakui bertanggunjawab menyerang Masjid al-Rawdah yang terletak kira-kira 40 kilometer di bandar El-Arish.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, Abdel Fattah berjanji bertindak balas dengan kekerasan, sambil menambah bahawa pasukan tentera dan polis akan membalas dendam bagi mereka yang syahid serta berusaha mengembalikan keselamatan dan kestabilan secepat mungkin.

Pemimpin-pemimpin dunia tu­rut mengutuk serangan itu termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menyifatkannya sebagai tindakan kejam dan penakut.

Beliau turut menghubungi Abdel Fattah untuk menyampaikan ucapan takziah.

“Dunia tidak boleh bertolak ansur dengan keganasan, kita harus mengalahkan mereka secara ketenteraan dan menolak ideologi pelampau yang membentuk asas kewujudan mereka!” katanya di laman Twitter.

Ketua Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata, serangan itu me­nunjukkan bahawa umat Islam yang tidak berdosa sering dijadikan sasaran mereka yang mengikuti ideologi pengganas dan ekstremisme.

Menurut pegawai Palestin, pembukaan semula lintasan sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir yang dijadualkan hari ini juga terpaksa ditunda sehingga notis lanjut akibat serangan itu.– Agensi

sumber

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top