Tempat Pelancongan Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah

C360_2013-10-22-18-52-52-509.jpg

Tempat Pelancongan Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah | Ingat tak lagi Dr Fuh pernah buat artikel tentang World Tourism Conference 2013 minggu lepas? Actually Dr Fuh ingat nak sambung cerita pasal hari kedua conference tersebut, tapi disebabkan pengisian dia lebih kurang sama ja so Dr Fuh just selitkan sikit dalam artikel ni.

Waktu hari kedua conference tersebut juga terdapat dua sesi. Speaker-speaker dari pelbagai negara dan pelbagai syarikat membentangkan hasil kerja mereka. Seperti biasa mereka banyak menceritakan pengalaman dan keunikan yang terdapat di negara masing-masing. Banyak idea-idea baru untuk mengembangkan sektor pelancongan sesebuah negara.

Petang tu dah habis conference dalam pukul 4.30 petang kalau tak salah Dr Fuh group media dari Malaysia dan dari luar negara dibawah Tourism Malaysia dibawa “walking tour” ke tempat-tempat menarik untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai sejarah negeri Melaka. Ada dua orang tour guide yang bawa kami. Kalau tak salah Dr Fuh perkhidmatan “walking tour” ni memang disediakan. Ada 2 warga tempatan yang berpengalaman dalam sejarah negeri Melaka akan menjadi “tourist guide” untuk para pelancong.

Tempat Pelancongan Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka National Monument. Bangunan A Famosa, Cendol Durian Melaka, Gereja St Paul, Visit Malaysia, menara taming sari, melaka river cruise
Tourist guide menerangkan sedikit sebanyak sejarah negeri Melaka

Sedikit penerangan diberikan oleh tourist guide sebelum memulakan “walking tour”. Kemudian kami terus dibawa ke Melaka National Monument. Dekat je dengan A Famosa di Bandar Hilir. Tour guide pon ceritalah serba sedikit sejarah disitu. Then kami terus pergi ke A Famosa, tempat paling famous di Melaka. A Famosa ni dibina oleh tentera Portugis pada tahun 1511 kalau tak salah.

C360_2013-10-21-16-47-55-718

Diringkaskan cerita, lepas tu kami dibawa naik untuk melihat Gereja St Paul (St Paul’s Church). Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan “Our Lady of The Hill”.

Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India. (Wikipedia)

C360_2013-10-21-17-14-09-270

Permandangan dari atas St. Paul Church tu memang awesome. Then dah puas bergambar kami turun. Then kami dibawa ke sebuah pokok dimana asal usul nama negeri Melaka diambil dari pokok tersebut. Tourist guide pon cerita sedikit sebanyak sejarah pokok tersebut. Hebat, habis semua sejarah depa hafal.

Lepas penat berjalan dalam pukul 6.30 petang kami pon dibawa berkumpul. Cadangnya tourist guide nak bawa kami malan Cendol Durian yang sangat special di Melaka katanya. Malangnya kedai tersebut dah tutup. Weekdays memang tutup awal, weekend baru tutup lambat smpai pukul 10 malam kalau tak salah. Weekdays pukul 6 dah tutup dah kedai cendol durian tu.

Dalam pukul 7 petang kami balik hotel selepas settle pusing-pusing area Bandar Hilir dan sekitarnya. Keesokannya kami dibawa ke tempat yang lagi best. Menara Taming Sari. Selalu Dr Fuh tengok je dari jauh menara tersebut. Kali ni dapat jugak rasa naik menara tersebut. Memang syioq dapat tengok permandangan sekitar Melaka. Sempat jugak Dr Fuh amek video publish kat Instagram. Tengok media-media dari luar negara pon teruja.

C360_2013-10-21-17-10-49-383
Permandangan Menara Taming Sari dari St Paul Hill

Lepas tu kami jalan menuju ke Sungai Melaka untuk menaiki Melaka River Cruise. Pergh, ini pengalaman pertama Dr Fuh naik River Cruise ni. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Rupanya banyak sejarah lagi yang Dr Fuh tak tahu disebalik bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka yang dilalui oleh River Cruise tersebut. Mujur ada tour guide Mr Benard Goonting. Dia memang awesome! Tak bosan dengar dia bercerita walaupun Dr Fuh tak berapa paham Bahasa Inggeris. Gyahahaha!

C360_2013-10-22-19-25-35-240
Mr Benard menerangkan sejarah bangunan sepanjang Sungai Melaka

Then malam tu ada dinner anjuran Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Sungai Melaka. Ala, yang dekat Kapal Besar (Maritime Museum) tu. Makanan dia memang superb. Siap ada kambing panggang lagi. Konyang-konyang jalan kaki balik Hatten Hotel, rehat-rehat sat pastu tidur memang lena. Hehehe

Dr Fuh – Kepada yang belum pernah pusing-pusing melaka melawat bangunan-bangunan dan tempat-tempat bersejarah kat melaka korang memang wajib pergi. Sangat Awesome ok!

Special thanks kepada saudara Ben Ashaari kerana membuka peluang kepada Dr Fuh dan juga berjuta-juta terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana memberi peluang kepada Dr Fuh untuk merasai pengalaman mendengar conference tentang pelancongan dan pengalaman melancong bersama foreigner sambil refresh balik sejarah Melaka dan sejarah Malaysia. Superb!

Fakta – Tahukah anda bahawa tahun depan iaitu tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia? Jika anda pergi ke mana-mana tempat menarik dalam Malaysia ni jangan lupa hashtag #vmy2014 tanda sokongan anda!

Tempat Pelancongan Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka National Monument. Bangunan A Famosa, Cendol Durian Melaka, Gereja St Paul, Visit Malaysia, menara taming sari, melaka river cruise

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

20 thoughts on “Tempat Pelancongan Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum… dr.fuh,

    mselim3 baru nak cadang gi melaka nie… tgh mencari2 tpt menginap kat melaka nie…
    mselim3 recently posted…Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir TahunMy Profile

    1. Kalau ke Melaka, bolehlah menginap di Anugerah Homestay hamba.. Harga sgt murah dari ekonomi rm130 hingga ke villa atau banglo..

  2. Dr.Fuh ni rajin cari maklumat

  3. kucinghitam says:

    seronok la dr fuh selalu dpt invitation huhu

  4. Abdul Hafiz says:

    Pernah sekali pergi Melaka ni. Memang banyak tempat yang bersejarah. Walaupun dah pernah pergi tapi tak pernah lagi naik Menara Taming Sari tu. Mungkin satu hari nanti akan jejak juga Menara tu…
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

  5. hafiz says:

    Penat juga panjat tangga naik afamosa tu
    hafiz recently posted…Komisyen ke 12 Panduan Baju KurungMy Profile

  6. Azahairi says:

    bertuah lah dapat pi melancong …..teringin nak pi melaka dah hampir 20 tahun tak jejak kaki kat melaka
    Azahairi recently posted…By: Azahairi Abd AzizMy Profile

  7. amir zahari says:

    Nak naik menara taming sari tu memang jenuh menunggu.. ramai.. tapi pergi melaka kalau 3 hari pun blum puas rasanya.. mmg betul negeri pelancongan.. bersih pun bersih..

  8. Sirap Limau says:

    tempat makan asam pedas masuk dalam list tak… 😛
    Sirap Limau recently posted…Suami gadai agama kerana duitMy Profile

  9. SZ|Network says:

    Naik menara taming sari best gak.
    SZ|Network recently posted…Biodata Mawar Abdul Karim | Isteri Fizo OmarMy Profile

  10. best-best… thanks for sharing.. yang dekat gereja tu saye tak pernah sampai lagi 🙂
    Tempat Ping Blog recently posted…Projek IC: Saman fitnah Wan Ahmad diputus 30 Dis ~ Blog 3 Dalam 1My Profile

  11. CH says:

    Dah lama xbalik kampung.. Dulu ingat lagi.. Nak sangat naik menara taming sari tu.. tapi bila dah naik.. dah sampai atas.. memang senyap.. xterkata ape.. Semua tempat dah pergi kecuali river cruise je belum pergi lagi..

  12. Rina says:

    Melaka adalah salah satu tempat yang ingin sekali saya kunjungi . semoga saja nanti bisa ada kesempatan untuk itu:)
    Rina recently posted…Basic Tutorial : PHP mysql_real_escape_string() FunctionMy Profile

  13. Pendidik2u says:

    Lame x pergi bercuti…melaka pernah g tp xgi melawat tempat2 menarik..

  14. adam narzuan says:

    Next week g jalan-jalan kat Melaka. Thanx for sharing.. 🙂
    adam narzuan recently posted…Apakah Strok?My Profile

  15. Afiqah says:

    Dah byk kali pegi melaka…tapi tak lepas2 naik menara taming sari..sob3…

  16. Datang ke Melaka, singah lah menginap di Anugerah Homestay hamba.. Ada di ayer keroh, mitc, alor gajah hingga ke bandar melaka..

    Ada dr ekonomi, hingga ke villa dan banglo 5 bilik..
    anugerah homestay recently posted…Senarai Anugerah HomestayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge