Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati!

VisitMalaysia2014.jpg

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Harini Dr FUh nak share pengalaman Dr Fuh semasa mendapat peluang untuk melawat tempat menarik di Negeri Selangor dalam program Sahabat Media Cuti-Cuti 1Malaysia SMCC1M yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan juga majalah Santai Travel.

Tempat-tempat ni mungkin agak tidak terkenal tetapi memang tak rugi untuk dilawati! Terima kasih kepada Tourism Malaysia dan juga Majalah Santai Travel diatas tajaan ini.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati

Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam

Lawatan pertama dah membuatkan para sahabat media termasuk Dr Fuh teruja dimana kami dibawa ke Kompleks Taman Seni Islam yang terletak di sebelah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan juga berhadapan dengan bangunan JAIS Shah Alam. Ini merupakan kali pertama Dr Fuh kesini. Kompleks Taman Seni Islam Selangor adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Yayasan Restu.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Di Kompleks Taman Seni Islam ini terdapat beberapa galeri di sini yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain-lain lagi.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Sewaktu dibawa masuk kedalam galeri, Dr Fuh sangat teruja dengan pameran di galeri tersebut dimana terdapat banyak replika-replika tamadun Islam zaman-zaman Nabi terdahulu seperti replika jubah Nabi Adam, replika tapak kaki Nabi Ibrahim, replika pedang Nabi Muhammad dan banyak lagi. Di galeri tersebut juga ditempatkan pelbagai jenis Al-Quran yang sangat cantik dan ada juga Al-Quran lama turut dijadikan pameran. Selain tu, banyak lagi pameran lain diadakan seperti pameran Seni Khat dan banyak lagi. Kalau korang nak tau korang pergi lah sendiri, serius tak rugi! Kompleks Taman Seni Islam ni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Pasu Batik Felda Sungai Tengi

Mesti ramai diantara korang yang tak pernah dengar tentang pasu batik kan? Pasu batik merupakan sejenis alat perhiasan tradisional yang sangat memerlukan kemahiran seni dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya. Pasu batik ni diolah dari pasu atau labu sayung yang diperbuat daripada tanah liat. Dengan sentuhan pakar pembuat pasu batik, pasu atau labu sayung di hias dengan kain batik dengan begitu teliti. Mesti korang rasa senang kan? Tapi hakikatnya, untuk membuat sebiji pasu batik saiz sederhana yang lengkap dengan finishing, mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari. Fuh!!!

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Waktu lawatan ke pusat pembuatan pasu batik ni, kami berpeluang melihat demostrasi oleh designer-designer pasu batik di situ. Seriously, pembuatannya sangat rumit dan teliti. Memang Dr Fuh salute la kat deorang ni. Mana taknya, sampai penyambung kain batik pada pasu tersebut pon tak kelihatan. Harga pula, sangat berpatutan. Cuba lah kesana kalau korang nak tengok sendiri cara pembuatannya. Mesti korang tertarik! Korang boleh layari http://allaboutpasubatik.blogspot.com/ untuk sedikit sebanyak info.

Teratak Riverview Resort

Bagi penggemar sukan atau aktiviti-aktiviti lasak, Dr Fuh amat sarankan untuk korang ke Teratak Riverview Resort kerana disini terdapat banyak aktiviti lasak dan mencabar disediakan untuk para pengunjung. Selama 1 hari 1 malam disini, macam-macam aktiviti lasak yang Dr Fuh dan rakan media lain sempat lakukan. Antaranya adalah seperti Flying Fox, 4 Wheel Drive Cross River dan juga Tubing Activity.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Untuk info korang, Teratak Riverview merupakan sebuah resort mini yang menawarkan tempat penginapan mampu sewa oleh pengunjung dengan pakej penginapan yang berbaloi untuk wang anda. Resort yang terletak berhadapan dengan Sungai Bernam itu sangat unik kerana lengkap dengan calet kayu, jambatan gantung dan tempat perkhemahan yang luas serta fasiliti yang cukup lengkap untuk keselesaan pengunjung.

Di Teratak Revierview Resort ni banyak aktiviti boleh dijalankan seperti program motivasi, program hari keluarga, meredah hutan, latihan berenang, night walk, memancing, rentas halangan dan bermacam-macam lagi. Ianya sangat sesuai disertai oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat. So, kepada korang yang gemarkan aktiviti lasak, Dr Fuh sangat prefer tempat ni untuk korang rasai pengalaman yang cukup indah ini! Gerenti tak menyesal. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati http://teratakriverview.blogspot.com

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Refreshing Spring Resort

Destinasi seterusnya adalah Refreshing Spring Resort yang sangat mendamaikan. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah dengar tentang resort ni, tetapi cubalah ambil beberapa hari untuk menginap disini, anda pasti teruja. Disini Dr Fuh share sikit pengalaman Dr Fuh semasa berada di Refreshing Spring Resort.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Sudah semestinya ini kali pertama Dr Fuh datang ke Refreshing Spring Resort yang terletak di Mukim Sungai Gumut, Kalumpang Selangor. Dengan mengekalkan konsep Agro Tourism, suasana di Refreshing Spring Resort dilihat sangat tenang dan nyaman dimana terdapat dusun-dusun durian memenuhi ruang pelusuk di kawasan resort tersebut. Yang menariknya, durian tersebut boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja yang menginap di situ pada bila-bila masa sahaja. So sekarang ni tengah musim durian, rugi kalau korang tak pergi.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Kolam Air Panas

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang sangat menarik boleh dilakukan di Refreshing Spring Resort ni seperti aktiviti Paintball, mandi kolam air panas dan juga memancing. Aktiviti lasak seperti Water Rafting,  Wall ClimbingAbseiling dan juga Flying Fox turut disediakan jika berminat. Dr Fuh sarankan kepada yang ingin bercuti pada musim cuti sekolah ni, pergilah ke Refreshing Spring Resort, memang sangat best dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Penginapan pon sangat-sangat selesa!! Maklumat lanjut bolehlah lawati  http://refreshingspringsresort.com/.

Genting Strawberry Leisure Farm

Mesti korang konfius kan? Tadi kata tempat menarik di selangor, ni kenapa ke genting pulak? Jangan salah faham, sebenarnya Genting Strawberry Leisure Farm ni terletak betul-betul di sempadan Selangor-Pahang. So kalau dari Kuala Lumpur tak sampai 2 jam pon untuk ke ladang strawberi ni. Kalau dah nama ladang strawberi takkan tanam buah durian kot kat sini kan? Mesti la buah srawberi. Kat sini korang boleh nikmati buat srawberi segar yang dipetik sendiri oleh korang-korang.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Buah yang cukup segar dan merah menyala sudah semestinya mengiurkan pengunjung yang datang kesitu. Geram Dr Fuh tengok, tak cukup sebekas rasa nak tambah je. Balik buat pulak strawberry chocolate, perghh!! Selain buah Strawberi segar, terdapat juga beberapa produk berasaskan buah strawberi dijual disini seperti jem strawberi, jus strawberi, kek dan juga ais krim strawberi! Kalau ke genting, korang wajib singgah sini! maklumat lanjut boleh lawati http://www.gentingstrawberry.com/gentingstrawberry/visitus.htm

I-City Shah Alam

Destinasi terakhir Sahabat Media Cuti-Cuti 1Malaysia adalah di I-City Shah Alam. Tempat yang sememangnya popular dikalangan rakyat Malaysia. Waktu lawatan Sahabat Media Cuti-Cuti 1Malaysia tempoh hari Dr Fuh tak sempat melawat semua tempat yang berada di I-City, cuma 2 tempat sahaja yang sempat dilawati iaitu Muzium Lilin dan juga Rumah Hantu. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di I-City ni, memang berbaloi kalau korang nak pergi bawa satu keluarga.

Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati! Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Teratak Riverview Resort. i-City

Diantara tempat-tempat menarik lain adalah seperti

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh lawati laman rasmi i-City Shah Alam http://i-city.my/tourism/

++++++++++++++++++++++++++++++++

So, Dr Fuh sarankan korang boleh rancang perjalanan korang untuk pergi ke semua tempat yang Dr Fuh berikan diatas sebab tempat-tempat ni tak jauh antara satu sama lain. Mungkin korang boleh ambil masa dalam 3-5 hari untuk menghabiskan trip yang sangat menyeronaokkan ni!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Tempat Menarik Di Selangor Yang Perlu Dilawati!”

  1. Iffah says:

    Ade typo tang menyeronokkan kat bwh tu

    1. Dr Fuh says:

      ahhh..nampak aje kau eh! mencik! malas aku nak edit..hahaha

  2. cik amal says:

    teratak riverview dan ladang strawberry jemah dah pernah p.. fuhh xsangkaa…
    cik amal recently posted…CONTEST SEO ERIDYMy Profile

  3. Mslzx says:

    bukan nak gebang ape ah kan. i City pun tak pernah pergi! huwaaaaaaaaaaaa :'(( tapi in shaa Allah satu masa nanti eyja nak pi. tak sangka Selangor un banyak tempat menarik. weweeeee~~
    Mslzx recently posted…Allahyarham Shaharil SalmanMy Profile

  4. farid laham says:

    wah berjalan sakan ye haha
    farid laham recently posted…MSMW 2014 Bloggers AwardsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge