Tarif Elektrik Dinaikkan?

tarif-elektrik-naik-2013.jpg

Tarif Elektrik Dinaikkan? | Woah. Terkejut beruk Dr Fuh dengar berita ni tadi. Biar betul tarif elektrik akan dinaikkan walhal Tenaga Nasional Berhad (TNB) merpakan satu-satunya syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia (Monopoli) takkan la tak untung lagi dengan tarif sedia ada yang sudah cukup mahal sekarang ni?

Ooo. Rupa-rupanya SUBSIDI KERAJAAN yang akan dikurangkan bagi tenaga elektrik. Kenapa eyh? Lepas ni agak-agak apa pulak kenyataan ‘Timbalan Menteri bla..bla..bla’ berkenaan isu ni? mungkin dia akan suruh guna generator pulak kot sebagai inisiatif lain. Hmmm. Apa-apa pun perkara ini masih belum diputuskan lagi. Tapi faham-faham la kalau Pengurusi TNB sendiri yang keluarkan kenyataan ni kebarangkalian untuk menjadi kenyataan tu tinggi la. Jom baca laporan penuh yang dipetik dari Bernama.

Tarif Elektrik Dinaikkan?

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

tarif elektrik naik, tarif elektrik baru 2013, kadar tariif elektrik baru 2013, kenaikan tarif elektrik, subsidi bekalan elektrik turun

Tan Sri Leo Moggie – Pengurusi TNB

“Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

“Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

“Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini,” katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

“Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan,” tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. – Bernama

Sinar Harian

Dr Fuh – Agak-agak macam mana lah ye tarif elektrik baru 2013 ni kalau naik? Sama-sama lah kita doa semoga subsidi kerajaan dikekalkan dan tarif elektrik tidak dinaikkan dan kepada Penjawat Awam jangan lupa doa untuk Bonus Hari Raya 2013 sekali ye. Hehehe. Persoalannya,

Adakah rakyat akan menerima kenaikan tarif elektrik baru 2013 ini?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Tarif Elektrik Dinaikkan?”

  1. Yana Sakura says:

    Hope kekalkn la tarif elektrik..cian rakyat Malaysia nie..da le byk hrga brg naik..huhu..

  2. kekalkan lah tarif yang ada sekarang ni, kalau boleh kasi turun. rakyat derita nak bayar tu bayar ni. gaji habis bayar bil2 tu je sekarang ni. pak menteri tak apa lah. segala-galanya klaim.
    boni ultra kacak recently posted…Buffet Ramadhan 2013 De Palma Hotel Shah AlamMy Profile

  3. naik lagi ke…oh no….
    kisah Si Dairy recently posted…FADHILAT SURAH YAASINMy Profile

  4. Abdullah says:

    Harap-harap suara rakyat tak dibisukan kalau betul perkara sebegini berlaku. Tak nak la dibilang mereka rakyat tak reti nak bersyukur kerana telah dikurniakan kerajaan itu ini. Padahal yang sebenarnya ALLAH yang bagi.

  5. syeela says:

    pakai pelita je la woi hahaha

  6. lahabau says:

    yes…bagos….yg untung depa jek….yg rugi rakyat tanggong….pada muka kita semua….

    pi la check kedai2,kilang2,restoren2,rumah2,supermarket2,bengkel2,hotel2…..tokey2 tuh byk yg curi letrik…..tak cayer korang tgk le meter kedai2 padahal aircond pasang 2 3 bijik…..lampu kipas semua full speed…..pam aim dan angin 24 jam…..tapi bil letrik bwh rm500…..tak ke pelik tuh….

    lampu jln pasang 24jam….

    1. Atiqa anuar says:

      lampu jalan guna LED. kos elektrik tak tinggi mana pun~
      Atiqa anuar recently posted…Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!My Profile

  7. habeslah, semua nak naik.. dari meter lama tukar meter baru pundah nampak pembohongan diorang. jauh beza terus bil. padahal meter tu boleh diprogram ja.

  8. Atiqa anuar says:

    baca entry ni teringat cikgu BI kat matrik dulu. jangan jadi masyarakat subsidi dan jangan harap kerajaan sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge