10 Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui

tanda-lelaki-curang.jpg

10 Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui Si Isteri | Woww!! Agak panas nampaknya tajuk artikel Dr Fuh. Harini Dr Fuh nak bogkarkan gejala yang boleh dikesan untuk mengenalpasti tanda pasangan curang. Jom cekidaut! Sapa-sapa yang coba untuk curang di luar sana tu jangan marah ye :p

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah curang dengan anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda pasangan curang untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda

Tanda Pasangan Curang

Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui Si Isteri

Kurang memberi perhatian terhadap diri anda – Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

Menghabiskan masa banyak ditempat kerja – Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

Tidak berminat dengan persekitaran dirumah – Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

Bau – Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

tanda pasangan curang 1

Perubahan gaya hidup secara mendadak – Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

Menjawab panggilan telefon secara sembunyi – Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

Melayari internet sehingga tengah malam – Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui

Perubahan terhadap hubungan intim – Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

Bil pembayaran yang luar biasa – Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tanda Pasangan Curang Terakhir – Tidak memakai cincin yang diberikan – Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui

Perhatian!!, artikel Tanda Suami Curang Yang Perlu Diketahui Si Isteri ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.

Dr Fuh – Apa-apa pun, perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya si isteri sendiri menjaga penampilan, kebersihan dan kecantikan diri ketika bersama suami, memenuhi keinginan suami dan menjaga hubungan baik dengan suami. Dan si suami juga sentiasa mengambil berat terhadap isteri serta bersikap romantik seperti yang disarankan Rasulullah SAW. Yang paling penting berdoalah kepada Allah S.W.T.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

18 thoughts on “10 Tanda Pasangan Curang Yang Perlu Diketahui”

  1. sebagai seorang isteri.. susah nak gambarkan perasaan kalau tahu suami curang tapi selagi tak tahu & tak ada bukti yang mengatakan si suami curang.. cuma syak2 jer.. aku memang malas nak semakkan kepala otak. Kalau betul dia curang.. kenapa kita (isteri) yang perlu makan hati & sakit otak sedang2 kan dia sedap2 jer kat luar. Tak rasa bersalah pun. Selagi dia sempurnakan tanggungjawab dia sebagai suami.. yang di belakang kita dia buat yang kita tak mampu nak kesan.. serahkan pada Allah. Yakin Allah sentiasa ada melihat apa yang dia buat. Allah sembunyikan kejahatan dia sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk bongkarkan. Yakin dengan Allah.. Insya Allah.. Allah bantu kita & Allah akan bagi yang terbaik untuk hamba yang sabar.

    Wow >>HANYA SEMINIT JE UNTUK DAPAT RM10,000
    Ehem >>NAK JIMAT RM30K MAKEOVER DAPUR TENGOK NI
    suria lekatlekit recently posted…UNTUK ISTERI – ISTERI YANG BERGELAR BLOGGERMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Betul kak… Saya setuju pendapat akak…
      Ummar Farouk recently posted…Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke LebanonMy Profile

      1. kucinghitam says:

        yup mmg betul tue
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      curang tu memang susah nak maafkan dah
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Eh banyak lagi tanda-tanda: dia tersasul panggil nama orang lain jeng jeng jeng jeng

    1. Daxx says:

      Ada lagi tu, dia bubuh nama perempuan dekat phone jadi nama lelaki. kehkehekh
      Daxx recently posted…Pelik! Fesyen Bulu Kaki Mencegah Gangguan SeksualMy Profile

      1. kucinghitam says:

        penah la tu hahahaha
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      macam pernah jer hahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. lelaki curang punya IQ rendah vs wanita cantik selalu curang.. hahahah ok la tu kan… kbai (apa pun alasanya kita harus hargai pasangan yg telah bersusah payah selama ni dgn kita) itu la sebaiknya

    1. kucinghitam says:

      kalo dah xpercaya memang akan curang punya
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. Daxx says:

    Apa-apa pun, jodoh tu tetap ada. Cuma ia datang cepat atau lambat je.
    Daxx recently posted…Tonton: Running Man Episode 150 “Running Man Marvel’s The Avengers”My Profile

    1. kucinghitam says:

      klo dah jumpa tu jangan la persiakan plak
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. lahabau says:

    laki atau isteri yg depan pijak semut tak mati…yg cakap lembut dan ramah mesra je yg tuh le lagi perlu berwaspada….

    1. kucinghitam says:

      yup skrg bayak talam dua muka
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  6. Ummar Farouk says:

    Tak nyatakan pun faktor iman yg lemah punca pasangan curang???
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    1. kucinghitam says:

      terlupa kot
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  7. Suami bingung says:

    Assalam mualaikum. Saya mempunyai seorang isteri dan kami telah bersama 25 tahun. Lima tahun dahulu saya telah mendapati isteri saya curang pada saya. Demi anak-anak saya beri dia peluang untuk berubah. Semua keluarga tahu perkara itu termasuk anak-anak saya. Sekarang dia ulangi lagi. Sudah 4 bulan kami serumah tapi tak seperti suami isteri. Apa harus saya lakukan.

  8. hunterr77 says:

    HurmMmm xdpt nk nafikn hmpir sumenya tpat..tp ntah lh..wlupn dh dkumpulkn bukti ni sume dye tetap xkn mngaku..arghhh streessss gle ble pk..ni tgl tgu mse jek nk blah dr hdp yg asyk mkn aty n pndm rase jek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge