Tanda Awal Hamil Atau Mengandung Yang Boleh Diketahui

tanda-awal-hamil.jpg

10 Tanda Awal Hamil Atau Mengandung Yang Boleh Diketahui | Okies. Untuk harini Dr Fuh nak share sikit info tentang tanda awal hamil atau lebih dikenali sebagai mengandung. Tanda-tanda awal hamil dapat dikesan melalui beberapa cara antaranya berkaitan kesihatan, keadaan badan dan banyak lagi. Nak tau lebih lanjut jom baca!

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung atau hamil sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

Tanda Awal Hamil Atau Mengandung

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…

…Tahniah!

tanda awal hamil

Diharapkan dengan perkongsian tanda awal hamil atau mengandung ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada semua yang bakal bergelar ibu. Then kalau dan komfem pregnant tu kena jaga kandungan pulak. Macam mana? Jom amalkan petua pemakanan sihat ketika mengandung (tekan). Dr Fuh ajak je, tapi tak boleh la nak amalkan sebab Dr Fuh lelaki sejati!! hehe

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Tanda Awal Hamil Atau Mengandung Yang Boleh Diketahui”

  1. kalau asik nak marah jer tak tentu pasal tu pun tanda2 pengnant gak tu hahahah ^_^

    1. kucinghitam says:

      bukan mai period ker hehehe
      kucinghitam recently posted…BERADU SEO MELAYU BOLEH SIAPA LAGI HEBATMy Profile

    1. kucinghitam says:

      lelaki leh ngadung ka hahah statement xleh blah

  2. vcore says:

    nice info

  3. Haniz says:

    Pening tak termasuk dalam tanda-tanda ni ke?
    Haniz recently posted…5 Perkara Menghalang Kesuburan, Cara Untuk Mudah MengandungMy Profile

  4. 711 says:

    tumpang tnya..bgaimana blakunya pndarahan di awal kehamilan,sya xpasti sya hamil atau tidak,tp period sudah lewat hmpir 2 mggu..sya confius..sebab ada keluar sdikit darah tetapi beberapa kali shaja..adakah sya mgandung??

    1. Fellah Delisha says:

      Sama macam saya…sy xpasti saya preg ke x…
      darah haid kuar dua tiga titik dlm tempoh 2 bulan ni….nak chck takut….huuuu~
      bole bg pencerahan~

  5. baby comel says:

    saya xde suami lagi, dan lamba lagi kot nk mengandung ni. anyway thanks bgtau saya ilmu ni. insyaAllah boleh diguna utk akan datang
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  6. putri confius says:

    Sy confius boleh ke penimpal pd dinding uterus berlaku semasa kte period????? Coz sy bru khwn pd 10.10 n slps semggu bkhwin sy dtg period tp sedetik sgt utk 2 hari shja. 6 hri slps dr tarikh period tu sy alami keputihan y darah y berwarna coklat jgk dlm kuantiti y sedetik dlm 1/2 sudu teh shj selain tu sy jguk alami mengidam n cramp n rasa cm ada semut di bhgian ari2 n sllu sakit pinggul dan sembelit serta ada heart burn jgk.ape jwpn dr fuh utk penimpal di uterus tu dgn gejala y sy alami sekrg n dh usia berapa khamilan dpt buat ujian upt(hcg)

  7. fie says:

    salam,saya nak tanya…bulan march lepas saya tak period. tapi pada 1 april saya period semula. kiranya sebulan saya tak period. selama ini pun period saya tak tentu, kekadang awal bulan, akhir bulan, tengah bulan tapi tidak pernah tak period dalam sebulan tu cuma bulan mac lepas lah pertama kali saya tak datang period. oh ya, hari kedua saya period, 2 april, saya alami sakit perut yg sangat sakit, but i refuse to go to clinic sbb i thought sakit sengugut or gastrik je. And saya tak pernah alami sengugut ketika period kecuali pada pertama kali saya period. adakah kemungkinan saya pregnant? atau saya hanya stress dan letih atau kurang exercise? tolong ><

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge