Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang Memasak

nenek2.jpg

Fuh Seram!! Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang Memasak | BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” – DM

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang Memasak”

  1. ni kes tak dapat pengesahan doktor la ni.. apapun selagi belum Ajal, takde siapapun akan mati. dia koma la tu tapi orang ingat dia mati
    lekatlekitgurl recently posted…RAMAI MAK BAPAK MELAKUKAN SYIRIK KECIL BILA LANGSUNGKAN PERKAHWINAN ANAKMy Profile

    1. Betul tu.. Ajal maut ditangan Allah..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. amir zahari says:

    tak tau samada nk tergelak atau … sempoi la nenek tu.. bangun2 dari keranda takkan tak cari sesiapa.. lapo punya pasal terus g masak?
    amir zahari recently posted…Usain Bolt Ke Garisan Penamat Disertai Dengan Sang KilatMy Profile

    1. Lapar punya pasal bro.. wkakaka 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Bertelanjang itu simbol kemajuan?My Profile

  3. lahabau says:

    bayangkan korang dah disahkan mati…kemudian ditanam….lepas sehari dua korang idop balik….mcm mana ye nak kuar kubur?….kalo mati eksiden putus kepala ke tuh dah memang komperm mati….

    1. Memang x ble keluar laa.. mati kat situ jg la jawabnya.. Haha
      Aniqbukhary32 recently posted…Photoshoot bersama si kecik (9 gambar)My Profile

  4. cik Ain says:

    >> tidur lama2, nenek bangun sebab terasa lapar <<

    macam2 keajaiban berlaku dalam dunia ni.. ;D

    1. Nasib baik masih ingat jalan nak pegi dapur. Wkaka 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2)My Profile

  5. vcore says:

    meremang bulu roma

  6. Wkakaka.. pantang mati sebelum ajal.. Nenek sempoi 😀
    Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge