Subhanallah! Kambing Melahirkan Anak Iras Anjing

anjing-biri-biri1.jpg

Subhanallah! Kambing Melahirkan Anak Iras Anjing | Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban.

ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.

KIRI: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.

“Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing,” kata Naiying.

Subhanallah! Kambing Melahirkan Anak Iras Anjing. Seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.

“Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil,” katanya. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Subhanallah! Kambing Melahirkan Anak Iras Anjing”

  1. Yang pasti nampak comel.. Semua berlaku atas kehendak Allah mungkin ada sesuatu yang Dia nak tunjukkan. Yang pasti bukti kekuasaan Allah yg mampu menjadikan apa saja
    lekatlekitgurl recently posted…PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGALMy Profile

  2. kucinghitam says:

    comel yer hehe cuma telingga dia agak besar tu yg nmpk macam anjing

    1. World WarZ says:

      Bukan telinga aje tetapi muka badan dan kaki menjelaskan bahawa ia memang seekor anak anjing tetapi bukan anak kambing biri biri.

  3. World WarZ says:

    Ada sebab Allah menjadikan begitu .. tapi jangan lupa juga bahawa tiada sebab kenapa Allah harus nak menjadikan ia begitu..
    Kesimpulan yang saya nak cakap ialah kita jangan diperbodoh bodohkan oleh Naiying kerana itu sebenarnye memang anak anjing bukan anak biri biri pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge