Subhanallah – Anjing Mengambil Monyet Sebagai Anak Angkat Dan Menyusukannya

1069309_621171764573990_13636554_n.jpg

Subhanallah – Anjing Mengambil Monyet Sebagai Anak Angkat Dan Menyusukannya | SEEKOR anjing di timur laut Bangladesh telah mendapat liputan meluas apabila menyusukan seekor anak monyet untuk memulihkan kesihatannya selepas ia telah diselamatkan dari penduduk kampung yang marah, kata pemilik anjing itu kepada pemberita AFP Rabu lalu.

Penduduk kampung di Bangladesh terpukau dengan hubungan baik anjing dan monyet itu.

Berpuluh-puluh orang berpusu-pusu ke rumah Shipar Reza di dalam kampung Bishwanathpur untuk menyaksikan keadaan luar biasa anjing itu yang digelar Mintu, yang juga ibu kepada tujuh ekor anak anjing.

Monyet yang masih bayi itu berusia hanya beberapa hari apabila penduduk kampung berjaya menangkapnya dari sekumpulan monyet yang telah merosakkan sawah padi, kata Reza.

“Pada keesokan harinya, anak monyet itu menyertai anak-anak anjing yang lain dan mula menyusu dengan Mintu. Sejak itu Mintu menerima kehadiran monyet itu dan melayannya seperti anak sendiri. Ia kini tidur dengan Mintu dan anak-anak anjing lain,” katanya kepada AFP.

“Mintu akan menyalak dan marah jika ada sesiapa yang mengganggu anak monyet itu, yang berjalan di sekeliling kampung dengan menunggang belakang Mintu. Kini sudah sebulan sejak saya memelihara monyet itu, tetapi ia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu kembali semula ke dalam hutan mencari ibunya,” tambah Reza.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Subhanallah – Anjing Mengambil Monyet Sebagai Anak Angkat Dan Menyusukannya”

  1. amir zahari says:

    Kasih sayang sesama haiwan.. kalau ini pun manusia xpandai nak ambil ikhtibar tak tahu la…
    amir zahari recently posted…Garfield Tersangkut Di Lubang PintuMy Profile

  2. kucinghitam says:

    bagus la klo manusia pun mcm ni
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. vcore says:

    bagus mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge