Subhanallah! Anjing “Glow In The Dark” Ditemui

Gambar-Badan-Anjing-Bersinar-Didalam-Gelap.png

Subhanallah! Anjing “Glow In The Dark” Ditemui | Anjing bernama Tegon mempunyai kemampuan bercahaya dalam gelap (glow in the dark). Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson.

“Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline,” ungkap Lee byeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).

Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada 2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000 embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.

Subhanallah! Anjing "Glow In The Dark" Ditemui. Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia

Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle (anjing pemburu kecil). Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinar dalam gelap dengan sinar berwarna hijau. Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegon diberi antibiotik tertentu melalui makanannya.

Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis boleh memantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut. Sebagai contoh, gen beta-amyloid diketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer. Dengan menghidupkan gen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentang perkembangan alzheimer.

“Pembuatan Tegon membuka wawasan baru mengingat suntikan gen yang boleh membuat anjing ini bersinar boleh digantikan dengan gen-gen penyebab penyakit-penyakit fatal pada manusia,” kata byeong-chun. Kajian ini sengaja menggunakan anjing sebagai haiwan percubaan kerana terdapat sekitar 268 penyakit yang sama-sama boleh dihidapi oleh manusia dan anjing.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal antarabangsa Genesis. Saintis menghabiskan masa selama lima tahun dan kos penyelidikan sebanyak 3.2 bilion won untuk membuat anjing dan melakukan pelbagai uji cuba yang diperlukan untuk keperluan pengesahan.

Dr Fuh – Hmm. Buatan orang rupanya. Tak kisah lah, tanpa izin dari Nya perkara sebegini takkan berlaku. Apa-apa pon  kita selaku umat Islam tidak patut megubah ciptaan Nya. Haram dan berdosa besar hukumnya. Wallahualam..

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Subhanallah! Anjing “Glow In The Dark” Ditemui”

  1. SilenceBlogz says:

    puyo… hebat hanjing ni… tak hingat dunia…
    SilenceBlogz recently posted…Tutorial Cara Buat Marquee Image | Gambar Bergerak | Scrolling ImageMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      hanjing xhebat yg hebat tu org yg klonkan dia tue
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. Anuar says:

    Subhan Allah dengan izin Allah… Keajaiban boleh berlaku…
    Anuar recently posted…Adakah IC/Kad Pengenalan anda sudah diaktifkan menjadi Kad Diskaun?My Profile

  3. Yana Sakura says:

    Ooo..klon rupenyerr igt kan kejadian semulajadi tadi…huhu
    Yana Sakura recently posted…Wordless Wednesday – Uniknya Diri Anda!My Profile

    1. VIMAX2U says:

      klon biasa la leh upgrade gen2 tu
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  4. VIMAX2U says:

    semakin maju sains semakin manusia alpa

  5. katanajeeb says:

    lepas ni laku la hanjing ni org buat emergency lamp… erkkk.. hihihi!
    katanajeeb recently posted…Online Shopping dan Akaun Bank Digodam?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge