Suami Menceritakan Kisah Benar Isterinya Yang Curang. Nauzubillah

isteri-curang.jpg

Suami Menceritakan Kisah Benar Isterinya Yang Curang. Nauzubillah | Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?” – sumber

Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

*Gambar Di Atas Sekadar Hiasan*

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

37 thoughts on “Suami Menceritakan Kisah Benar Isterinya Yang Curang. Nauzubillah”

  1. onlajer says:

    nauzubilah semoga dijauhi pekara serbegini terhadap keturunan kita
    onlajer recently posted…Tidak Tenang Punca GanasMy Profile

    1. kucinghitam says:

      minta dijauhkan la
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

      1. Datin Tyka says:

        harap juga
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      insyaAllah doa yang terbaik untuk keturunan kita
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  2. macam macam sekarang ni…

    1. kucinghitam says:

      dah akhir zaman dah akak
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

      1. Datin Tyka says:

        betultu.. ni aku setuju
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      itu la.. dah tanda kiamat kan
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Na’uzubillah… Minta2 dijauhkan daripada mendapat isteri yg hipokrit talam dua muka….
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    1. kucinghitam says:

      byk yg hipokrit skrg

      1. Datin Tyka says:

        kau pon hipokrit. hohooh

    2. Datin Tyka says:

      insyaAllah jika kita baik akan dapat yang baik.. kalau kita jahat dapat la jahat.. tka gitu
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  4. burhan says:

    ini ler yg dikatakan dunia semata2 semoga yg menceritakan kisah ini mendapat isteri yg lebih baik

    1. kucinghitam says:

      susah la bila isteri pun makan luar anak terabai

      1. Datin Tyka says:

        itu tak bole la tu.. tak elok
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      insyaALlah ..kalau kita baik dapat baik kan
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  5. tudung labuh says:

    nafsu n syaitan..
    semakin kuat iman hamba Allah itu makin kuat dugaan kpdnya..
    jgn la menge’cop’ semua yg bertudung labuh itu maksum..
    pakai tudung labuh..tapii…
    mg kisah ni dijadikan iktibar kpd golongan km..
    jgn terlalu cpt menganggap diri solehah..
    sdg bila diuji nafsu, hancur luluh iman yg dipupuk…
    jgn mendabik dada dgn tahap iman ‘ow aku dah kuat iman, x mgkin la’
    sdg kan iblis itu dulu adalah hamba Allah yg paling soleh n ketua malaikat pun blh terjerumus ngan dosa krn menganggap diri lebih hebat dan kuat imannya pun tertipu dgn iman sendiri..
    inikan pula kita…
    byk2 muhasabah diri..Allah ='(

    1. kucinghitam says:

      tu la pompuan nie nafsu 99 akal 1 sebab tu ahli neraka banyak perempuan pahal senang nak dpt dosa lgi sng

    2. Datin Tyka says:

      ini semua kerja syaitan je ni
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  6. azhar says:

    bukan bole percaya perempuan skrg.. rupanya ok lagi girlgriend ku walaupun jhil skit pasal aurat..

    1. kucinghitam says:

      byk pakai ketat singkat ttb pakai tudung ikut indon la tue

      1. Datin Tyka says:

        haihhh pandang negatif aje
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      uih jangan la kata gitu.. tak semua kannn
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  7. kucinghitam says:

    perempuan sekarang fesyen ntah apa2 laki pun dah suka pakai dresss dah nak khiamat

    1. Datin Tyka says:

      memang pon
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  8. kucinghitam says:

    nanti nak cri isteri jgn tgk cantik ja tau
    kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      tengok llah pada hati nya
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  9. Datin Tyka says:

    masyaAllah, memang tanda kiamaat
    Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  10. Aqua Crystal says:

    minta dijauhkan segala maksiat. Amin.
    Aqua Crystal recently posted…Terasa Bila Hati Tak Punya Apa2My Profile

  11. ali botak says:

    sebuah cerita yg mungkin biasa atau mmg selalu belaku dlm kehidupan kita skrg cuma jarang terdedah kpd umum..cuma jalan ceritanya tidak begitu mematuhi hukum logik.

    si suami tiada sebarang kuasa utk menangkap, mengheretnya pulang dan membawa lelaki dan isterinya itu ke balai polis. lelaki itu tdk melakukan apa2 kesalahan yg tdk boleh jamin dan boleh tangkap tanpa waran (non bailable and seizable offence) sebagaimana peruntukkan seksyen 27 kanun acara jenayah. lelaki tu juga bkn pesalah yg mealrikan diri dr tahanan yg sah sebagaimana keperluan seksyen 44 kanun acara jenayah yg sama. dan yg lebih tidak logiknya, atas peruntukkan apa polis melepaskan lelaki itu dgn jaminan keluarganya? kalau di katakan lelaki itu masuk ke rumah suami dgn cara sembunyi (kesalahan pecah masuk rumah malam hari) si isteri yg merelakannya, bkn atas dasar pecah masuk atau paksaan..

    sepatutnya cerita di garap dgn sesuatu yg lebih logik dan menyakinkan i.e si suami menghubungi jabatan agama atau sekurang2nya ajk masjid/surau kariah mereka tinggal..

    apa pun pengajaran yg mmg bagus utk para suami agar tidak terlalu percaya pd isteri.

    1. azrul mikhail says:

      hehe. mmg cerita yg dh diedit ni. mungkin berdasarkan cerita sebenar tetapi diubahsuai sikit supaya lebih menarik.

  12. elin says:

    Sedih baca kisah ni. Begini juga yang saya alami, suami saya curang dan trlanjur dengan perempuan lain. Sampai hati dia wat mcm tu.

  13. amir zahari says:

    nauzubillah.. isteri curang berzina plak tu.. kena rejam spttnya..
    amir zahari recently posted…Saman RM600,000.00 Kerana SpermaMy Profile

  14. sian nye suami dia .. nauzubillahiminzalik~
    NieynaSakinah ZA recently posted…Hadiah RM700++ Untuk DimenangiMy Profile

  15. kerje.com says:

    Minta jauh.
    kerje.com recently posted…Pembantu CybercafeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge