Stesen Angkasa China Akan Terhempas Di Kuala Lumpur? Baca Penjelasan Dari ANGKASA

china-space-station-kl-crash-featured-image-1140x594.jpg

Sejak dari semalam tular di media-media sosial menyatakan Stesen Angkasa China Akan Terhempas Di Kuala Lumpur. Berita ini sememangnya mendatangkan kerisauan dan kebimbangan orang awaam terutamanya mereka yang berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Namun demikian, orang awam dinasihatkan tidak panik dan bimbang dengan berita ini kerana kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia sangat rendah, kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22km², kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09% dan kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65km² pula adalah kira-kira 0.0000699% sahaja.

“Berdasarkan kiraan, luas kawasan dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347,860,000km².

“Selain Malaysia khususnya Kuala Lumpur, kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara); Sydney, Australia (33.86 darjah selatan); Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan stesen angkasa yang dilancarkan pada 29 September 2011 itu akan jatuh ke atmosfera bumi hujung tahun ini selepas misi selama 6 tahun.

Noordin berkata berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa geseran dengan atmosfera dan kebarangkalian serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan sangat rendah.

Beliau berkata melalui nota itu juga, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan ramalan akan ditingkatkan serta ramalan masa ”re-entry” akan disiarkan.

Maklumat lanjut juga akan diperoleh daripada Jawatankuasa Koordinasi Serpihan Angkasa Lepas Antara Agensi dan status orbit serta sebarang maklumat berkaitan akan disiarkan pada laman sesawang http://www.cmse.gov.cn/, katanya.

Beliau berkata ramalan akhir berkenaan masa dan tempat jatuhnya Tiangong-1 akan dimaklumkan oleh pihak China untuk perhatian Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBBr (UNOOSA) dan Setiausaha Agung PBB.

“Penyusutan stesen Angkasa Tiangong-1 ini sedang diperhatikan dan dipantau secara teliti oleh pelbagai agensi angkasa seperti ESA, Nasa, Jaxa dan CNSA. Angkasa yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Stesen Angkasa China Akan Terhempas Di Kuala Lumpur

Noordin berkata bagi tempoh jangkaan jatuh ini, Angkasa akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dan akan membuat makluman lanjut kepada orang awam apabila diperlukan.

Jadi seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di Kuala Lumpur dinasihatkan supaya jangan panik dan bimbang dengan khabar angin Stesen Angkasa China Akan Terhempas Di Kuala Lumpur. Semoga kita semua selamat dari sebarang bahaya dan bencana.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge