Inilah SMS Terakhir Mangsa Kemalangan Maut Di Shah Alam

kemalangan-di-shah-alam.jpg

Inilah SMS Terakhir Mangsa Kemalangan Maut Di Shah Alam | MUAR – “Adam yang kahwin, mak…Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.

Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.

Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Inilah SMS Terakhir Mangsa Kemalangan Maut Di Shah Alam

Ibu mangsa, Saadah Khanan menunjukkan SMS terakhir arwah anaknya

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.

Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

13 thoughts on “Inilah SMS Terakhir Mangsa Kemalangan Maut Di Shah Alam”

  1. Takziah buat keluarga arwah..
    amirnawawi.com recently posted…Malas Kemaskini Blog! Satu Bala Buat BloggerMy Profile

  2. devita says:

    Panggil Almarhum kalau dipanggil arwah serem kali

  3. onlajer says:

    Takziah untuk keluarga mangsa
    onlajer recently posted…Wordless Wednesday : Makcik Takde!My Profile

  4. Takziah buat keluarga mangsa…. aku pun baru kehilangan nenda tersayang… semoga mereka tabah dengan kehilangan org tersayang T_T

    1. Dr Fuh says:

      takziah juga buat keluarga akak..semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah
      Dr Fuh recently posted…Melayu BolehMy Profile

  5. Selalunya 100 hari sebelum kita meninggal dunia… arwah akan menunjukkan sedikit demi sedikit perubahan pelik… yang kadang2 kita tidak perasaan pun…. hurm… time aku tak tahu la mcm mana nnti T_T

  6. zebmacahan says:

    ambil pengajaran atas kemalangan ini, maut datang bila2 masa tepat dan tida cepat atau lewat sesaat. jangan tinggalkan kenangan pahit untok ibu bapa, jangan buat mereka bersedih bila memikir apa yang anak2 nya buat diluar pandangan ibu bapa, lihat waktu patutkan berada diluar batas waktu untok penuntut2. memang sedih dan lagi sedih bila mengetahui anak2 mati dimana dan dengan siapa dan pukol berapa. Ingatlah yang masih hidup jangan nak berpoya2 sahaja. Takziah untok keluarga.

  7. Daxx says:

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman… Umur arwah pun sebaya dengan saya 🙂
    Daxx recently posted…Ustaz Azhar Idrus: Hukum Panggil Mama & Papa + VideoMy Profile

  8. azwan says:

    terkejut gak tengok gambar kereta tu. teruk betul kemalangan tu

  9. Ummar Farouk says:

    Takziah.. petanda2 ni kalau nak dikaji memang susah nak menemukan jawapannya. Hanya Allah shj yg Maha Mengetahui… Wallahua’lam…
    Ummar Farouk recently posted…Seruan Jihad Dari Tanah ArabMy Profile

  10. DD says:

    sepupu sy jgk mrupakn siswa ums..meninggal dunia dua bln lalu. mati lemas semasa cuba mnyelamatkan kwn y hampir lemas di sungai… apa y sy tahu..shingga la skrg sakitnya masih ada… orgnya sgt baik dan patuh.
    Tuhan lbih sygkn dia..

  11. lina says:

    ajal dah smpai… sedih plak rasanya…
    lina recently posted…Pembancuh TehMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge