Alhamdulillah – Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Siti-Nurhaliza-Cadang-Ambil-Anak-Angkat-Palestin.jpg

Alhamdulillah – Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin | Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

“Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

“Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.

Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin, Anak Siti Nurhaliza, Datuk Siti Nurhaliza, Anak Angkat Siti Nurhaliza, Gambar Datuk Siti Nurhaliza Tudung

“Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

“Saya banga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.

“Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar,” katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.

“Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

“Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani. – mStar

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Alhamdulillah – Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin”

  1. bagus.. boleh membantu rakyat palestin.
    Carlos Santiago recently posted…BAN AsyikAhhh – Bantal Yang Membuatkan Anda Gersang Tertido.My Profile

    1. kucinghitam says:

      yup mungkin lepas nie ada rezeki dpt anak sendiri
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  2. Daxx says:

    Alhamdulillah, harap-harap lepas ni makin ramai ikut jejak Siti 🙂
    Daxx recently posted…Apakah Itu Pokok Plum?My Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la ni x semua laju ja bila dgr kawin haha
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  3. nabila biela says:

    hee…baguslah camtu=)

    1. kucinghitam says:

      mmg bagus
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  4. kucinghitam says:

    siti dah jutawan pun
    kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  5. kucinghitam says:

    bgun siti nie dh kaya xlupa org yg kurang
    kucinghitam recently posted…TIKET TOUR RUNNING MAN MALAYSIA 2013 MULA DI JUALMy Profile

  6. Atiqa anuar says:

    bagus bagus. suka siti nurhaliza. 🙂 even kaya tak sombong pun~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge