Seni Daripada Sebatang Pencungkil Gigi

pencungkil-gigi.jpg

Seni Daripada Sebatang Pencungkil Gigi | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja selalu cemburu dengan adik muja sebab dia pandai sangat melukis. Kalau dia melukis, memang cantik. Alat bantu mengajar Teacher Muja dulu pun dia yang buatkan. Pandai sungguh. Muja tinggal minta sahaja, kalau mampu, dia mesti buat asalkan berkaitan dengan seni.

Kali ni Teacher Muja mahu berkongsi dengan semua tentang seni daripada sebatang pencungkil gigi. Pencungkil gigi boleh jadi karya seni ke? Tanpa melihatnya sendiri, Teacher Muja sendiri tidak akan percaya tetapi ternyata memang ada yang sangat kreatif dan penyabar untuk melakukan karya seni menggunakan pencungkil gigi ini. Hebat sungguh.

Seorang artis dari San Francisco, Steven J Backman sangat terkenal dengan karya seni kecil yang dihasilkannya menggunakan pencungkil gigi. Karya seninya yang paling terkenal adalah Jambatan Pagar Emas yang dihasilkan menggunakan sebatang pencungkil gigi. Peralatan yang digunakan untuk penghasilan karya seni ini adalah pisau cukur bermata lurus, gam, pencungkil gigi dan kesabaran yang tinggi. Beliau menggelarkan karya seni yang dihasilnya dengan nama ‘The Essence Of Patience‘ yang bermaksud sifat kesabaran.

tiny toothpick art, karya pencungkil gigi, karya terkecil

Memang sesuai dengan nama yang diberikan, penghasilan karya seni yang terlalu kecil ini memerlukan kesabaran yang tertinggi daripada seorang pengkarya. Teacher Muja tak dapat nak bayangkan berapa lama yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah karya sen yang kecil dan unik sebegini. Kesukaran memang pasti. Ketekunan dan ketabahan memang diperlukan. Sesungguhnya, Teacher Muja pun sangat mengagumi pengkarya yang berjaya membuatkan orang ramai berasa takjub dengan hasil kerjanya.

Jadi, ada tak yang nak mencabar artis ini? Manalah tahu boleh buat duit dengan bakat yang ada. Belum cuba belum tahu. Sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge