Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Yang Didedahkan KDN

kongsi-gelap-malaysia.jpg

Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Yang Didedahkan KDN | Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan 1, 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Yang Didedahkan KDN

Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Yang Didedahkan KDN, Nama Kongsi Gelap Malaysia, Tiga Line, Double 7, Geng 08, Geng 04, kes kongsi gelap Malaysia

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

“Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya,” kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. – Astro Awani

Dr Fuh – Hmm. Korang setuju tak kalau Dr Fuh kata filem-filem gangster tak kira dari luar negara mahupun dari Malaysia sendiri adalah SALAH SATU punca berkembangnya gejala gangterisme ni?? Apa-apa pon biarlah pihak yang bertanggungjawab laksanakan tugas mereka. Harap-harap ini bukan cakap kosong . Sama-sama kita berdoa agar negara kita benar-benar aman dan benar-benar ‘MERDEKA’ tambahan pula hari ini tanggal 31 Ogos 2013 adalah Hari Kemerdekaan Ke-56 Malaysia.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Yang Didedahkan KDN”

  1. Anuar says:

    Fuhhh… Nasib baik tak ada Geng Bas Sekolah dalam senarai tersebut…
    Anuar recently posted…Logo 49 Geng Kongsi Gelap Di MalaysiaMy Profile

  2. vcore says:

    geng bas sekolah xde….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge