Sadis! Bayi 7 Bulan Terkulai Maut Di Pusat Asuhan.

Sadis! Bayi 7 Bulan Terkulai Maut Di Pusat Asuhan.

Sadis! Bayi 7 Bulan Terkulai Maut Di Pusat Asuhan. | KUALA LUMPUR: “Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya,” kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.

Sadis! Bayi 7 Bulan Terkulai Maut Di Pusat Asuhan.

“Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

“Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

“Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

“Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu,” katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

“Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber

Comments

comments

14 thoughts on “Sadis! Bayi 7 Bulan Terkulai Maut Di Pusat Asuhan.”

  1. harap taska tu di tutup terus & tidak di benarkan beroperasi lagi sebab tidak menitikberatkan soal keselamatan budak bawah jagaan dengan biar je budak tu muntah darah tanpa maklum kt parents budak tu atau bawak ke hospital. taska2 macam ni adalah taska yang takde tanggungjawab & tak layak di beri permit @ lesen untuk meneruskan perkhidmatan
    lekatlekitgurl recently posted…PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIKMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kena buat pantauan ssupaya kes2 macam nie terjadi lagi masa depan kelak
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  2. sara says:

    Muntah darah?? Boleh pula ckp x der apa2.. Apa punya taska la..

  3. mama suya says:

    Anak aku muhtah susunpun pengasuh bgtaw, nikan pulak muntah darah. Bodohla org kat taska tu

  4. wawa says:

    kesian bb tu…kena check dulu taska tu..dulu. Kadang Kadang kita tau…not easy nak jaga bb yang ramai…Dan bole jadi stress Dan tension…tapi jangan la ikut kan hati…baby tu x tau apa apa…marah pon baby x paham pon…guna akak la..jgn nk ikut marah di hati tu..betul Tak???….Allah Bagi akak fikiran…guna kan sebelum bertindak…ni semua ikut kan hati…hah..sekarang siapa yang rugi???..semoga roh…baby..di cucuk Rahmat..

    1. kucinghitam says:

      muntah darah xpaham bila muntah darah
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  5. hadifahmy says:

    sadis

  6. Ezad Skytech says:

    ada la yang tak kena tu….kenapa banyak sangat kes kecuaian kat pusat asuhan sejak akhir2 ni ye?
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la masalah nyer sebab semua nak buka org buka taska dia pun nak buka sbab leh buat duit

  7. kucinghitam says:

    kesian budak tue saman ja dia org nie xda kelulusan ka apa ka
    kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  8. EB says:

    pekerja/pengasuh tak terlatih ini gaji murah jer..pemilik taska tak prihatin tentang kemahiran dan pengalaman pekerja, yang penting bagi mereka ialah keuntungan…ni lah jadinya bila ambik pengasuh ‘tak berpengalaman’…sampai baby muntah darah pun dikatanya pulak ‘tek der apa-apa, tak serius pun’…cuba kalau dia yg muntah darah, tak terpikir bahaya ker?

  9. laila says:

    sorry to say… Itu lah guna nya isteri. Isteri lah yg bertanggungjawab utk menjaga anak2 d rmh. Hanya dgn cara itu anak kita lebih selamat. Dgn byk kejadian yg telah berlaku d dlm rmh asuhan, masih lg ada org berani utk menghantar anak mereka… Tlg faham situasi keluarga n pentingkan lah keselamatan anak…. Please…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge