Sadis! Anak Lihat Sendiri Ibu Digilis Lori

digilis.jpg

Sadis! Anak Lihat Sendiri Ibu Digilis Lori | KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Sadis! Anak Lihat Sendiri Ibu Digilis Lori. Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis lori

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Sadis! Anak Lihat Sendiri Ibu Digilis Lori”

  1. syeela says:

    aku jgk seorg rider tegar. aku takut gila bila lalu sebelah lori 😮

  2. Ya Allah.. trauma anak tu tengok mak dia kena gilis. Tapi musykil 1 benda pemandu lori warga Indonesia ni.. memang warga asing boleh jadi pemandu ker kat Malaysia. Yang orang pukul dia.. adakah dia yg salah sebab dalam berita tu cakap motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.
    lekatlekitgurl recently posted…ADAKAH VIDEO BINI MAT YO MAKI PAKCIK GUARD TAK BENAR??My Profile

    1. anon says:

      bergesel dan gagal dikawal. mungkin lori tu himpit dia. org yg kt situ lebih tahu.

  3. kucinghitam says:

    trauma kot adik tu sampai mati dia akan igt mak plak tu huhu sedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge