Sabar Itu Adalah Ujian – Kelebih Orang Sabar

ujian1.jpg

sabar itu indah

Sabar  Itu Adalah Ujian – Kelebih Orang Sabar | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog Fuh.My yang di sayangi. Hari ini Luna terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang sifat SABAR. Kesabaran manusia ada batasnya juga kan? Tapi hari ini Luna nak beritahu kelebihan orang yang bersabar di atas ujian yang diterimanya dalam hidup yang fana dan penuh dengan pancaroba didunia yang bersifat sementara ini. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah anggap lah ia sebagai satu ujian daripada Allah. Allah menguji hambaNya kerana Dia sayang akan hambaNya dan ingin melihat sejauh mana hambaNya melayari bahtera kehidupan ini.

sabar

Allah menjanjikan syurga bagi hambaNYA yang menjalani hidup dengan baik. Hidup di dunia tidak akan sentiasa menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan yang dia benci. Ini kerana dunia dijadikan sebagai tempat ujian bagi manusia untuk membuktikan siapa di kalangan hamba ALLAH yang benar imannya dan siapa yang berdusta.

Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya daripada orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya.

Sedangkan ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang terjadi, sedang terjadi, dan akan terjadi. ALLAH juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Antara bentuk ujian yang dihadapi manusia adalah seperti firman ALLAH, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.”(Al-BAqarah: 155-158)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekali gus; selawat ALLAH, rahmat dan petunjukNya. ALLAH SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekali gus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang sabar ketika mendapat musibah. Makna selawat ALLAH kepada orang yang sabar ketika mendapat musibah adalah: ALLAH memuji orang tersebut di hadapan para malaikatNya yang suci, hal ini sebagaimana dikemukakan Abu Al-‘Aliyah Al-Rayyahi rhm. (Syarh Al-Mumti’, Ibnu Al-Utsaimin)

bersabar

Orang beriman percaya semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana ALLAH tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana ALLAH, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.

Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga dia beroleh Syurga ALLAH SWT. Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang reda maka ALLAH reda padanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila ALLAH menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila ALLAH menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Ketahuilah, ALLAH tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “ALLAH tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu. (Al-Baqarah: 286). ALLAH juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.

Sungguh demikian itu mudah bagi ALLAH, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)

Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat daripada apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya, Sumayyah yang ditusuk kemaluannya hingga tembus ke punggungnya oleh Abu Jahal, dan banyak lagi. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada ALLAH.” (Riwayat Muslim)

NOTA LUNA NANA : Semoga kita mendapat manfaat  daripada perkongsian ini dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik .InsyaAllah. Sabar Itu INDAH.. Ia juga adalah sebentuk ujian persis PUJIAN yang dilemparkan kepada kita itu juga adalah UJIAN. Kita hendaklah sentiasa besederhana dalam segala hal dan lakukan semua pekerjaan dengan niat kerana Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Sabar Itu Adalah Ujian – Kelebih Orang Sabar”

  1. orang yang kuat adalah orang yang boleh besabar dikala kesusahan..hu3
    blogger lelaki recently posted…Kontes Review Klinik CintaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup kalo betul2 alhamdulillah tp selalu kalo dugaan xputus pun kadang putus asa dah xsabar
      kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  2. vcore says:

    sabar itu separuh daripada iman

  3. Ezad Skytech says:

    pasti ada hikmahnya kalau kita sabar hadapi ujian dariNya…
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  4. kucinghitam says:

    setiap menda tu ujian dari Allah swt nak tgk manusia ni bersabar ke x
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  5. Terbaru says:

    Allah menyukai orang-orang yang sabar
    Terbaru recently posted…Kata Kata Motivasi LucuMy Profile

  6. baby comel says:

    Allah sentiasa bersama mereka2 yg sabar.. Tuhan memang sedang menguji kita
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  7. Muara says:

    Allah pasti akan meninggikan derajat orang-orang yang bersabar
    Muara recently posted…Alat Anti Dengkur UnikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge