Ritual Pelik Guling Atas Air Liur Untuk Keberkatan. Euwww!

zzz3.jpg

Ritual Pelik Guling Atas Air Liur Untuk Keberkatan. Euwww! | Mempunyai kepercayaan tertentu sememangnya telah menjadi kelaziman dan cara yang tersendiri bagi pengganut setiap agama di dunia ini.

Namun, bagi pengganut agama Hindu, ritual yang dikenali sebagai Madey Shana ini mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi mereka yang melihatnya.

Sebuah ritual aneh di India telah membuatkan ribuan orang rela berguling-guling di atas sisa makanan yang dimakan oleh kaum kasta tinggi, Brahmana.

Ritual yang disebut Madey Snana ini merupakan acara tahunan di kuil berusia 4000 tahun, Kukke Subramanya, di pesisir Mangalore.

Selain itu, tradisi berguling-guling di atas sisa ludah para Brahmana juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi.

Sayangnya meskipun sudah dilarang, kaum Dalit (kasta terendah) tidak mahu meninggalkan tradisi tersebut begitu saja.

Mereka yakin bahawa ritual tersebut dapat memberi berkat.

Setiap tahun pada festival Champa Shasti atau Subramanya Shasti, 25,000 orang akan berguling di atas “ludah” para Brahmana.

Tak ada siapa yang berdaya untuk melarang ritual yang kelihatan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Termasuk golongan pemerintah sekalipun.

“Saya tidak peduli kasta mana yang berguling di atas ludah para Brahmana. Ini adalah ritual yang menjijikkan dan tidak masuk akal,” kata Menteri Kesejahteraan Sosial India, A. Narayanaswamy.

Narayanaswamy juga menambah bahawa pemerintah mengecam ritual tidak berperikemanusiaan ini yang masih dilakukan kaum Dalit.

Namun apakan daya, segala usaha pemerintah untuk melarang ritual aneh tersebut tidak membuahkan hasil apa-apa.

Golongan tersebut tetap percaya kepada mitos berkat di sebalik ritual Snana. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Ritual Pelik Guling Atas Air Liur Untuk Keberkatan. Euwww!”

  1. bukan rasis tapi kenapa penganut agama hindu ni ritual dorang ni banyak yg kotor yer?
    lekatlekitgurl recently posted…PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGALMy Profile

  2. KyLeRiL says:

    kahkah tah pape la diaorg ni plik tol…geli den eh
    KyLeRiL recently posted…Cara untuk menghentikan Google menggunakan gambar anda dalam iklanMy Profile

  3. Abdul Hafiz says:

    Kepercayaan mereka. Biarkan saja. Walaubagaimanapun, semua ini nampak macam kotor bagi segelintir masyarakat luar. Hmmm…
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge