Restoran Nasi Ganja Di Ipoh Diarah Tutup

vanggey-nasi-ganja-ipoh.jpg

Restoran Nasi Ganja Di Ipoh Diarah Tutup | Orang Ipoh sapa yang tak kenal nasi ganja Ipoh memang bukan Ipoh mali talak sombong laa especially anak-anak muda remaja. Semalam diberitakan restoran Nasi Ganja di Ipoh diarah tutup oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Ikuti berita penuh dibawah ini.

Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’ di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. – Bernama, 14 November, 2013.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Restoran Nasi Ganja Di Ipoh Diarah Tutup”

  1. muja says:

    alamak,,, ni masalah dengan kedai makan kita,,, dah sedap,, famous,, bersih lak dilupakan.. grrr

  2. mujur bkn org ipoh & tak pernah makan walau selalu dengar kepopulariti nasi ganja ni. Pada pengusaha.. Ingat walau selama ni terlepas dari tindakkan undang2 tak bermakna akan datang anda akan terlepas jugak.
    lekatlekitgurl recently posted…HARAM LETAK NAMA PASANGAN DI BELAKANG NAMA KITAMy Profile

  3. mawardiyunus says:

    kenapa la tetiba rasa mcm teringat kembali kes makan nasi kandar 1st time wa. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge