Remaja Maut Kemalangan Ngeri, Kepala Digilis

maut-kemalangan.jpg

Remaja Maut Kemalangan Ngeri, Kepala Digilis | Satu lagi berita kemalanganhari ini. Tadi Dr Fuh ada share berita kemalangan lemas di Manong yang telah meragut 2 nyawa. Lepas tu keluar lagi berita kemalangan, kali ini kemalangan jalan raya pula. Ngeri. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

BALING – Seorang remaja maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya parah akibat digilis oleh sebuah motosikal dalam kejadian kemalangan di Jalan Baru Kampung Padang, Kuala Pegang kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Mangsa, Mohamad Hafiz Abdul Wahab, 16, dari Kampung Charok Bemban, Mukim Pulai, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, mangsa yang juga penunggang motosikal terbabas seterusnya terjatuh di laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya digilis oleh sebuah motosikal lain yang datang dari arah bertentangan jalan tersebut.

“Mangsa bersama lebih kurang 15 penunggang motosikal lain dari arah Kampung Padang- Kampung Tas, manakala penunggang motosikal yang melanggar itu dari arah Kampung Tas- Kampung Padang.

“Kita percaya, mangsa tergesel dengan penunggang motosikal lain yang juga rakan-rakannya sebelum terjatuh di laluan bertentangan,” katanya.

Mat Daud berkata, penunggang motosikal yang melanggar mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Baling untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. Mangsa yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Syed Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mat Daud berkata, pihaknya berharap agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak berlakunya kejadian tidak dingini.

“Kita mendapat banyak aduan mengenai jalan terbabit yang sering digunakan untuk melakukan aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja. Keadaan ini bukan sahaja mengancam nyawa mereka, tetapi pengguna lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, memandu sehingga mengakibatkan kematian. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Remaja Maut Kemalangan Ngeri, Kepala Digilis”

  1. cik Ain says:

    padah bawak moto ikut suka je… beringat lah sebelum terkena…

  2. phat says:

    mohon kita semua sentiasa berhati2 lebih2 lagi ketika memandu
    phat recently posted…Keputusan Piala Malaysia 31 Ogos 2013My Profile

  3. vcore says:

    berhati-hati dijalan raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge