Remaja Ditemui Maut Tergantung Di Tampin

sinar.jpg

TAMPIN – Gerak hati diiringi perasaan bimbang seorang ayah apabila anaknya tidak keluar dari bilik, membawa khabar duka apabila anaknya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah taman perumahan di Gemencheh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa berusia 19 tahun ditemui ayahnya berusia lewat 40-an tergantung menggunakan kain batik yang diikat di tingkap bilik berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Bakar Osman berkata, polis menerima maklumat daripada penolong pegawai pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Gemencheh yang memberitahu seorang gadis meninggal dunia dalam keadaan tergantung.

“Bertindak ke atas maklumat, sepasukan polis segera ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan. Sebaik tiba di lokasi iaitu di bilik mangsa sendiri, mangsa dibaringkan di atas katil oleh ayahnya yang bertindak memotong kain yang digunakan.

“Mangsa dikatakan bekerja dengan ayahnya sendiri sebagai jurukira.

“Kali terakhir ayah mangsa bertemu dengan anaknya itu adalah pada pagi kejadian iaitu sekitar jam 11 pagi,” katanya di sini, semalam.

Bakar berkata, bapa mangsa juga menyatakan anaknya tidak menunjukkan sebarang perlakuan ganjil dan keluarga juga tidak mengetahui masalah yang dialami mangsa.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge