Rela Pertaruhkan Nyawa Demi Maruah Adik Dan Ibu. Allahu Akhbar!

ditetak+perompak.png

Rela Pertaruhkan Nyawa Demi Maruah Adik Dan Ibu. Allahu Akhbar! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Dr Fuh yang masih setia membaca blog picisian ini. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu berita yang amat mengejutkan. Seorang anak merangkap abang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan ibu dan adiknya. Memang tersentuh Dr Fuh baca berita ni. tak ramai orang yang mampu melakukan perkara sebegini, malah ramai lelaki yang dayus ketika zaman ini seperti kes suami pukul isteri dalam lif (Video) baru-baru ini. Ikuti laporan penuh yang Dr Fuh petik dari laman Harian Metro.

Rompin: Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.

Dr Fuh – Semoga semuanya selamat dan penjenayah tersebut diberkas pihak berkuasa dan diberikan hukuman yang berat setimpal dengan perbuatannya. Allahu Akhbar!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Rela Pertaruhkan Nyawa Demi Maruah Adik Dan Ibu. Allahu Akhbar!”

  1. Felda keratong?? Laa, tempat tinggal housemate saya tu.. Alahai, macam2 zaman skg nie..
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. Ya Allah semakin ramai warga asing kat sini semakin menjadi2 jenayah. Bangsa tak sedar merempat susah la nak cakap kan?? Apapun kagum dengan mamat ni.. Anak lelaki yang boleh jadi harapan keluarga bukan jenis adik sendiri pun sanggup rogol apatah lagi nak mempertahankan maruah & keselamatan adik. syukur la semua selamat
    lekatlekitgurl recently posted…JOM TENGOK BEDAK TANAKA YANG MURAH DENGAN YANG MAHALMy Profile

    1. Tu sebab kita susah nk berkawan dengan orang yang kita xkenal… lagi2 orang luar
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. amir zahari says:

    ni yang buat aku nk seludup M16 simpan dlm rumah tuk keselamatan.. Ingat rumahlah tempat yg paling selamat.. namun kt sama2 pun xselamat dh sekarang ni..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #31 – Pekan Hantu Timbul Selepas 5 Tahun TenggelamMy Profile

  4. Ahmad says:

    Syabas!!!..Itu baru anak jantan pelindung keluarga…

  5. Paatut di puji dan di beri pingat keberanian.
    Melayu Bukan Islam recently posted…Malaysian Muslims Responses To ConversionMy Profile

  6. HUpYAn says:

    348821 691316Outstanding post, I conceive website owners should learn a lot from this blog its real user pleasant. 413282

  7. terbaik….nielah pahlawan melayu terakhir….

  8. zyra roxx says:

    respect.
    zyra roxx recently posted…Beri Baju Terus Clash?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge