Subhanallah! Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik

solat-berjemaah.jpg

Subhanallah! Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik | Alhamdulillah berkesempatan lagi Dr Fuh untuk berkongsikan artikel Ilmiah berkenaan Solat Berjemaah. Semamngnya Solat berjemaah dituntut dalam Islam dan telahpun dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran sendiri kelebihan Solat berjemaah yang tidak perlu disangkal lagi. Namun bagi penganut agama lain selain Islam adakah mereka percaya tentang semua kelebihan yang dinyatakan di dalam Al-Quran itu? Ikuti kajian fizik dari salah seorang professor di USA.

Solat Berjemaah

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik, Kebaikan Solat Jemaah, Mengapa Allah Menyuruh Solat Berjemaah, Kelebihan Solat Jemaah, Solat Jemaah

Cara betul Solat Jemaah – Saf yang betul dan sempurna, tumit kaki sama satu garisan dan bahu rapat

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik, Kebaikan Solat Jemaah, Mengapa Allah Menyuruh Solat Berjemaah, Kelebihan Solat Jemaah, Solat Jemaah

Salah – Saf yang salah, bahu tak rapat dan kaki tak betul

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik, Kebaikan Solat Jemaah, Mengapa Allah Menyuruh Solat Berjemaah, Kelebihan Solat Jemaah, Solat Jemaah

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. – Sumber

Wallahu’ Alam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Subhanallah! Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik”

  1. Satu perkongsian yg berguna thanks

    1. kucinghitam says:

      sharing is caring x gitu
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. Banyak faedah klw kita solah berjemaah ni

    1. kucinghitam says:

      memang la kalo suami isteri Allah memberikat ikatan kasih sayang xda la kes cerai berai
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. kita lebih khusyuk…

    1. kucinghitam says:

      bagus la jgn lupa tutp gas kalo nak solat nak hangit
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. rasa lebih bersemangat

    1. kucinghitam says:

      semangat aman dan damai
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  5. kucinghitam says:

    pahali 27 kali bila berjemaah
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge