Rahsia Kalimah Bismillah

bismillah.jpg

Rahsia Kalimah Bismillah | Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Perkongsian kali ini adalah mengenai Rahsia Kalimah Bismillah. Kalimah Bismillah ini mempunyai banyak khasiatnya. Adakah anda tahu apakah Rahsia Kalimah Bismillah ini? Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi Luna akan kongsikan artikel mengenai Rahsia Kalimah Bismillah ini bersama anda semua.

Rahsia Kalimah Bismillah

1) Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.

2) Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

3) Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: “Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

bismillahirahmanirahim

4) Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

5) Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

6) Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T”.

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.

Nota Luna Nana : Jom kita cuba amalkan kalimah Bismillah ini dalam kehidupan seharian agar ia dapat menjadi pendinding diri kita dan juga mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat oleh Allah S.W.T.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Rahsia Kalimah Bismillah”

  1. Subhanallah.. baru tahu Bismillah pun ada banyak kelebihan.. Nampak sangat saya nie masih cetek ilmu.. Apa2 pun, yg penting kita amalkan..
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  2. kucinghitam says:

    sebab tu apapun kalau nak buat mulakan dengan bismillah

  3. Abdul Hafiz says:

    Hanya baca bismillah tu je kita dah dapat banyak faedah dan hikmah.. Alhamdulillah
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge