Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia

Pulau-Sampah-Sarap-Di-Singapura-Kini-Menjadi-Contoh-Dunia.jpg

Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia – Di Malaysia masalah penimbunan sampah sarap semakin kronik sehingga menyebabkan orang ramai marah. Di Selayang ada sebuah landfill yang kalau hujan sahaja semerbaklah bau sampah penghuni yang duduk berdekatan. Pernah keluar TV3 lengkap dengan laporan Karam Singh Walia tetapi sehingga kini masalah belum selesai.

Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka. Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa sampah.

Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun 1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini.

Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan tambakan.

Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah dari Johor untuk menambak!

Walaupun ianya hanya seluas 3.5 kilometer persegi, Pulau Semakau dijangka dapat menampung sampah Singapura sekurang-kurangnya sehingga 2045. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura percaya dengan pengurusan sampah dan kempen kesedaran kitar semula pulau ini boleh digunakan dengan lebih lama lagi.

Paling menarik tentang Pulau Semakau ialah ianya kini sebuah pulau hijau. Warga Singapura boleh melawat pulau ini untuk beriadah dan menikmati keindahan alam.

Yes this sounds crazy tetapi pulau Semakau juga merupakan GREEN LUNG yang bersih tanpa sebarang pencemaran. Anda boleh piknik tanpa diganggu bau busuk. Pulau Semakau termasuk di dalam senarai 9 projek mesra alam paling menakjubkan di dunia.

Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia2 Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia3 Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia4

sumber : carigold

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Pulau Sampah Sarap Di Singapura Kini Menjadi Contoh Dunia”

  1. Usaha yg patut dicontohi oleh Malaysia… Jgn kata Selayang, banyak tempat lg di Malaysia yg mempunyai masalah yg sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge