Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana

ashraf-muslim-wan-sakinah-dayana.jpg

Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana | Umum mengetahui bahawa Ashraf Muslim telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand beberapa hari lalu. Lantaran dari itu banyak spekulasi yang timbul berkait dengan Dayana iaitu Isteri pertama Ashraf Muslim. Dr Fuh ada terbaca satu puisi sedih dan pilu semalam yang dikatakan ditulis oleh Dayana kepada Ashraf Muslim. Namun demikian, hari ini telah heboh mengatakan nukilan tersebut bukanlah dari Dayana sendiri. Habis tu adri siapa? Jom baca laporan penuh yang Dr Fuh ambil dari Oh!Artis

Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana

Lagi cerita tentang kontroversi pelakon Ashraf Muslim yang berpoligami. Kini, heboh dilaman sosial Facebook munculnya satu puisi nukilah hati yang didakwa ditulis oleh Nor Dayana iaitu isteri pertama Ashraf yang melahirkan kesedihan melalui puisi itu.

Namun, sebenarnya puisi itu bukan lah dari Nor Dayana. Ianya ditulis oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ana Hawana di laman sosial Facebooknya namun disalah erti oleh orang ramai dan menganggap puisi itu dari Nor Dayana kerana dibawah puisi itu tertulis “May Allah bless u Dayana”.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana. Umum mengetahui bahawa Ashraf Muslim telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand..

Puisi tersebut telah keluar di satu blog hiburan popular tanah air, namun Ana Hawana mengesahkan bahawa puisi itu bukan lah dari Dayana dan tidak mahu puisi itu mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekusutan Dayana ketika melalui saat-saat yang sukar kini. – oh!artis

Dr Fuh – Sama-sama lah kita doakan supaya keadaan yang keruh ketika ini kembali jernih dan dapat diselesaikan dengan segera mungkin.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim Bukan Ditulis Dayana”

  1. KataNajeeb says:

    pulak dah… kekeke.. nasib katanajeeb x join force team Dayana or Team Cerap… hihihi…
    KataNajeeb recently posted…Peribahasa Terkini Anak Gen ZMy Profile

  2. Bidadari says:

    Itu la. Tak pasal-pasal orang ingat tu puisi Dayana. Siapa yang pertama sekali sebarkan berita palsu tu patut bertanggungjawab.
    Bidadari recently posted…Telatah : Aku dan CintaMy Profile

  3. Atiqa anuar says:

    tapi bagus jugak ana hawana ni, prihatin. dia sendiri keluar and tampil hadapan. 🙂 Respect dengan sikap ana hawana 🙂
    Atiqa anuar recently posted…Ceritera Gambar Lawak : English Vs KelantanMy Profile

  4. ieta says:

    Bagus penulis tu buat pengakuan. Kesian Dayana. Dah ditimpa ujian, tak pasal2 pula jd mangsa insan yg tak berperikemanusiaan
    ieta recently posted…TUTORIAL 11 : LETAK IKLAN NUFFNANG ATAS HEADERMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge