Puasa Bulan Ramadhan 2013

ramadhan-puasa-2013.jpg

Puasa Bulan Ramadhan 2013

Puasa Bulan Ramadhan 2013 | Seperti yang kita ketahui, setiap tahun umat Islam di seluruh dunia pastinya tidak sabar menanti bulan Ramadhan iaitu bulan penuh keberkatan bagi menunaikan ibadah puasa. Tapi hakikatnya bukan tak sabar nak berpuasa, tak sabar nak menyambut hari raya Aidil Fitri kann?? Hehehe. Ni nak cerita sikit ni sebagai peringatan buat diri Dr Fuh sendiri dan sahabat-sahabat yang dikasihi.

Tahukah anda pada zaman para nabi dahulu, mereka akan besedih tiap kali ingin berakhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak? Maka tidak hairanlah pada malam terakhir Ramadhan di zaman Nabi Muhammad SAW, masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang beriktikaf dan ramai yang menangis teresak-esak ketika beriktikaf tersebut kerana Ramadhan ingin meninggalkan mereka.

Puasa Bulan Ramadhan 2013, kelebihan blan Ramadhan, amalan sunat bulan Ramadhan, Doa bulan Ramadhan, malam Lailatul Qadr, Lafaz Dan Niat Puasa, Puasa

sekadar hiasan

Bukan kata manusia sahaja yang menagisi pemergian bulan Ramadhan ni, semua makhluk ciptaan Allah menangisinya.

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”

Zaman sekarang ni ada ke? Mungkin la ada, tapi tak ramai lah kan. Yang ramainya gembira tak ingat dunia, siap ada kedai-kedai atau supermarket besar buat SALE lagi pada 10 malam terakhir puasa sedangkan 10 malam terakhir itulah sepatutnya umat Islam mengejar malam Lailatul Qadr. Tak percaya tunggu la 10 malam terakhir, tengok iklan kat TV, tengok iklan kat surat khabar.

Amboi dah 3 pernggan dah membebel kan. Hehehe bukan membebel, sekadar peringatan buat diri sendiri untuk renungan. Mana lah tahu Ramadhan ni adalah puasa terakhir Dr Fuh kan. Ajal maut ditangan Allah, tak siapa yang tahu. Ok, korang dah tau apa itu Ibadah Puasa? mesti la dah kan. Tapi Dr Fuh nak share jugak.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari“.

Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Dipetik dari – Wiki/Ibadat_puasa

Haa, dah tau tu lepas ni kena lah ikut apa yang patut ye. Actually banyak kelebihan bulan Ramadhan ni. Nantilah Dr Fuh ceritakan dalam satu entri lain. Bukan cerita dari Dr Fuh pon, sekadar berkongsi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Selain tu kita boleh lakukan banyak amalan sunat bulan Ramadhan yang amat dituntut oleh Allah SWT dan itu juga Dr Fuh akan kongsi dalam satu entri khas.

Lafaz Dan Niat Puasa Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Lengkap Untuk Sehari:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Lengkap Untuk Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat Puasa Ramadhan

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Puasa Bulan Ramadhan 2013, kelebihan blan Ramadhan, amalan sunat bulan Ramadhan, Doa bulan Ramadhan, malam Lailatul Qadr, Lafaz Dan Niat Puasa, Puasa

Setakat itu dululah perkongsian Dr Fuh mengenai Puasa Bulan ramadhan 2013 untuk kali ini. In Shaa Allah kalau ada umur yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik Dr Fuh akan kongsikan banyak lagi artikel berkaitan Puasa Ramadhan. Semoga ianya memberi manfaan buat semua. In Shaa Allah.

> Jadual Waktu Dan Berbuka Puasa

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Puasa Bulan Ramadhan 2013”

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan FUH semoga puasa kita ni bukanlah puasa yg terakhir… dan akak mohon jika ada apa2 salah dan silap sepanjang kita kenal maafkan and halalkan segala makan dan minum ^_^ jugak untuk semua pembaca setiA Fuh yg lain…

    1. Atiqa anuar says:

      Selamat menyambut ramadhan paripari putih 🙂

  2. Mawardiyunus says:

    Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi.
    Mawardiyunus recently posted…Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak PutusMy Profile

  3. ezom says:

    lengkapkan perkara yang berbahasa arab ..seperti niat puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge