Polis Hilang Pistol? Hasudahh

pistol-hilang.jpg

Polis Hilang Pistol? Hasudahh | Fuh!! Hilang senjata api tu. Ini kes berat. Akibat kecuaian seorang anggota polis, mungkin ada nyawa yang melayang. Nauzubillah Min Zalik. Baca laporan penuh di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis daripada bahagian jenayah berat kecurian sepucuk pistol bersama 15 butir peluru selepas dia tertidur kerana keletihan dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam pada awal Isnin.

Anggota polis berkenaan sebelum itu memandu pulang dari Klang selepas menghadiri pengkebumian ayahnya pada pukul 1.45 pagi dan memberhentikan kereta di tepi jalan dekat sebuah kawasan perumahan kerana mengantuk.

Laman web The Star Online melaporkan anggota polis itu yang berpangkat Sarjan Mejar menurunkan cermin keretanya separuh serta merendahkan kerusinya lalu tidur.

Tidak lama selepas terlelap, dia dikatakan merasa ada orang menarik pehanya. Apabila terjaga, dia melihat seorang lelaki sedang menarik pistol separuh automatik jenis Walter daripada sarung pemegangnya.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal sebelum sempat pegawai polis itu berbuat apa-apa.

Pegawai polis itu dilaporkan kehilangan pasport, telefon genggam dan wang tunai RM600. Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Shah Alam.

Laman web itu turut melaporkan kejadian disahkan oleh pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan. – Astro Awani Berita Segenap Dimensi

Dr Fuh – Diharapkan pihak berkuasa dapat mengesan dan menangkap pencuri pistol tersebut. Perkara ini amat membimbangkan orang awam berikutang kebelakangan ini banyak kes tembak menembak berlaku di Malaysia.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Polis Hilang Pistol? Hasudahh”

  1. amir zahari says:

    Berani giler pencuri tu..
    amir zahari recently posted…Usain Bolt Ke Garisan Penamat Disertai Dengan Sang KilatMy Profile

  2. SilenceBlogz says:

    berani dan merbahayakan… hati kering perompak tu… polis pon berani dia rompak apatah lagi org awam… hmmm
    SilenceBlogz recently posted…Hujan Meteor PerseidsMy Profile

  3. vcore says:

    wahhh.parah dh nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge