PlayStation 4 Dipasaran Malaysia Disember Ini – Harga Dan Spesifikasi

ps4-hrdware-large19.jpg

PlayStation 4 Dipasaran Malaysia Disember Ini – Harga Dan Spesifikasi | Berita Teknologi – Berita baik buat peminat games PlayStation kerana Syarikat gergasi elektronik Jepun Sony itu mengumumkan kelmarin bahawa Playstation 4 akan menjengah di pasaran Malaysia mulai 20 Disember ini.

Menurut sumber, PlayStation 4 ini barangkali dapat mencipta fenomena dan impak kerana dikatakan lebih dua belas kali ganda hebat daripada PlaySation 3 dengan penambahan serta pembaharuan spefikasi, termasuk kebolehan Remote Play dengan menggunakan PS Vita TV, bersama alat kawalan baru.

PlayStation 4 Dipasaran Malaysia Disember Ini - Harga Dan Spesifikasi. Berita baik peminat games PlayStation kerana Syarikat gergasi elektronik Jepun Sony

Selain dipasarkan di Malaysia, Sony juga turut memasarkan PlayStation 4 di negara jiran Singapura. Kepada para pembeli bolehlah membuat tempahan awal mulai 15 November 2013 sehingga 13 Disember 2013 menerusi laman web Sony Store Online dan daripada wakil penjual terpilih seperti Focus Stores.

Pembeli terawal untuk set bundle juga berpeluang untuk menerima sistem PS4 berserta langganan PlayStation Plus percuma selama 2 bulan dan PSN Money Voucher sebanyak RM20.

Sebanyak 23 judul permainan disertai oleh konsol PlayStation 4 ini seperti Watch Dogs, Dynasty Warrior 8 Extreme Legends, MineCraft, Assasin’s Creed VI Black Flag, Drive Club, Kill Zone, Shadow Fall Knack, Need for Speed Rivals, dan juga Battlefield 4.

Malah, Sony turut memaklumkan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan pembikin kandungan permainan untuk judul-judul yang lebih menarik pada masa hadapan. Harga permulaan PlaySation 4 boleh didapati serendah RM1,799.

Tupai

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “PlayStation 4 Dipasaran Malaysia Disember Ini – Harga Dan Spesifikasi”

  1. How much would a locksmith charge to change the lock
    on my apartment door?.
    emergency locksmith Exeter recently posted…emergency locksmith ExeterMy Profile

  2. I will immediately seize your rss as I can not in finding your e-mail subscription hyperlink or
    newsletter service. Do you have any? Kindly let
    me recognise so that I may subscribe. Thanks.
    Belstaff Roadmaster recently posted…Belstaff RoadmasterMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge