Pilu!! Lihat Sendiri Anak Maut Depan Mata

image-6.jpg

Pilu!! Lihat Sendiri Anak Maut Depan Mata | PARIT BUNTAR – “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat Parit Buntar semalam.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.

Pilu!! Lihat Sendiri Anak Maut Depan Mata. "Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.

“Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta,” katanya.

Menurutnya, beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.

“Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain,” katanya.

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu.

Sumber – Bernama, Sinar Harian

Dr Fuh – Allahu Rubbi! Janganlah sesekali kita cuai dalam perkara-perkara sebegini. Semoga berita ini kita jadikan pengajaran. In Shaa Allah Syurga tempat adik ini. Al-Fatihah untuk beliau dan takziah kepada keluarga beliau.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Pilu!! Lihat Sendiri Anak Maut Depan Mata”

  1. bukan nak salahkan bapak dia.. Memang dah ketentuan Allah. Ajal Maut perkara yang dah di tetapkan sejak azali tapi tetap ia berpunca dari kelalaian manusia itu sendiri. Moga jadi iktibar.. kanak2 tak tahu mana satu bahaya & tidak.. dorang cuma tahu main & seronok jadi kita sebagai ibu bapa lah yang kena memantau. Apapun takziah kepada keluarga adik ni..
    lekatlekitgurl recently posted…TUDUHAN ROGOL ANAK TIRI BEKAS ANGGOTA RUFFEDGE FITNAH SEMATA??My Profile

  2. Mieza Jhaa K says:

    Besarnya dugaan mereka.. semoga tabah hadapi..
    Mieza Jhaa K recently posted…Mesin Basuh Paling Kecil di Dunia!My Profile

  3. hafiz says:

    Ish kalau aku boleh jadi trauma…
    hafiz recently posted…Apa itu saji.myMy Profile

  4. cik Ain says:

    AlFatihah buat arwah… takziah buat keluarga…
    berat dugaan Allah … dah ditakdirkan begitu.. redha dengan ketentuanNya.

  5. vcore says:

    al-fatihah buat arwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge