Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Diumum Jumaat

prk-kuala-besut+fuh.my_.jpg

Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Julai ini untuk membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, mesyuarat itu akan berlangsung di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

“Selepas itu, satu sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, akan diadakan bagi mengumumkan hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian,” katanya, semalam.

Katanya, SPR menerima makluman rasmi dari Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun berhubung kekosongan kawasan Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun.

A Rahman, 55, meninggal dunia jam 10.18 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital itu.

Beliau meninggalkan isteri, Azizah N Omar dan empat anak, iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

Pada PRU13 lalu, beliau mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan Exco kerajaan negeri BN. PRK Dun Kuala Besut

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

17 thoughts on “Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Diumum Jumaat”

  1. xsabar aku nk tgk siapa calon kt sana. dgr cerita PKR nk masuk tapi atas tiket PAS.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Artis – Joget Cha Cha Adik Emma Maembong, Then Naik HanginMy Profile

    1. kucinghitam says:

      dgr kata UIA kalo jd mmg popular la dia hehe
      kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

      1. Datin Tyka says:

        betul ke UIA.. tak dengar citer plak..
        Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      tak kisah siapa masuk… PKR dan PAS sama saja
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  2. onlajer says:

    aku pun nak tahu siapa yang akan berkuasa lepas nih hehe
    onlajer recently posted…Sila Save Pada Versi Yang TerdahuluMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      insyaAllah BN sekali lagi
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  3. phat says:

    orang2 kuala besut mohon bersedia!!!!
    phat recently posted…Teduhan Kasih Episod AkhirMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      mereka sudah bersedia…
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  4. Daxx says:

    Siapa yang menang nanti, tanggungjawab yg berat kena la laksanakan dengan betul. Fairplay la katakan.
    Daxx recently posted…Tonton: Running Man Episode 152 (Jung Woosung, Junho [2PM], Han Hyojoo, Koo Ja-cheol, Park Ji-sung and Sulli [f(x)])My Profile

    1. aku sokong ko daxx jgn rebut kerusi jer bila buat kerja betul2 hampeh

      1. Datin Tyka says:

        harap harap bakal pemimpin tak gtitu.. doa yang terbaik untuk mereka
        Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      seorang ayah pon tanggungjawab nya tinggi dan besar… siapa digelar “pemimpin” memang besar tanggungjawabnya
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  5. nabila biela says:

    mxk2..pmbgkang yg mng…winkkk
    nabila biela recently posted…Senarai Blogger Comel Dan Hensem Dan PemenangnyaMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      insyaAllah tak.. he he
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  6. Denaihati says:

    Antara piliharaya kecil yang menarik, keputusannya boleh beri kesan besar pada kerajaan negeri.
    Denaihati recently posted…DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

    1. Datin Tyka says:

      betul tu tuan… harap tiada blackout. he he
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  7. Datin Tyka says:

    semoga BN takluk lagi di sana
    Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge