Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013

prk-dun-kuala-besut.jpg

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013 | Nampaknya bahang dan kehangatan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut semakin dirasakan tambahan pula kedudukan kerusi DUN ketika ini Pakatan Rakyat cuma ketinggalan 1 kerusi sahaja. Dijangkakan sebanyak 80% penduduk DUN Kuala Besut akan turun mengundi pada esok hari. Baca liputan dari Astro Awani dibawah ini.

KUALA BESUT: Kurang 24 jam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok, momentum kempen calon bertanding dilihat semakin meningkat.

Kedua-dua calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas tidak membazir sebarang masa  dan menggandakan usaha untuk turun padang bertemu pengundi.

prk-Dun-kuala-besut-fuh.myBagi calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, usaha akan dilipat ganda bagi menziarahi seberapa ramai pengundi yang boleh sebelum tempoh kempen berakhir.

“Perasaan kita rasa sambutan yang diberikan pengundi amat mengalakkan dan memberangsangkan momentum akan dikekal dan tingkatkan lagi sempena beberapa hari sebelum mengundi saya akan menggandakan usaha mendekati pengundi dalam masa beberapa hari lagi,” kata calon itu.

Sementara calon Pas, Azlan Jusoh pula lebih menumpukan kepada pertemuan dengan golongan sasar iaitu kaum keluarga dan kenalan untuk meraih sokongan.

Strategi itu digunakan berikutan Azlan, atau dilebih dikenali sebagai Che Long, mempunyai jumlah ahli keluarga dan saudara mara yang ramai iaitu kira-kira 2000 orang di kawasan Kuala Besut sahaja.

Che Long terus menziarahi waris saudara Che Long Che Long bertemu kawan rapat Che Long meminta untuk mengundi Che Long pada kali ini.

Selain itu, aktiviti ceramah tetap diteruskan kedua-dua calon bagi menyampaikan mesej parti kepada pengundi.

[email protected]

Selamat mengundi kepada semua rakyat Kuala Best. Pilihan ditangan anda. Buatlah pilihan yang terbaik. Kawasan anda, andalah menjadi penentu. Dr Fuh doakan agar proses pengundian di DUN Kuala Besut berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mahupun provokasi.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge