Petua Untuk Menjaga Pokok Hiasan Dengan Mudah

Petua-Untuk-Menjaga-Pokok-Hiasan-Dengan-Mudah.jpg

Petua Untuk Menjaga Pokok Hiasan Dengan MudahTanaman hiasan atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan pada taman dan projek rekabentuk landskap, sebagai tanaman rumah, untuk bunga potong dan pameran spesimen. Penanaman ini membentuk satu cabang besar hortikultur.

1. Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar.

2. Pastikan ada banyak tunas baharu.

3. Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal.

4. Periksa adakah akarnya tertanam sempurna.

5. Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polybag.

6. Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polybag ke dalam pasu.

7. Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar.

8. Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah.

9. Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar.

10. Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah.

11. Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya.

12. Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baharu.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge