Petua Untuk Menjaga Hati Orang Yang Tersayang

orang-tersayang.jpg

Petua Untuk Menjaga Hati Orang Yang Tersayang | Terdapat pelbagai cara dan petua yang boleh diikuti. Antaranya ialah:

1. Mendengar: Berikan ini kepada yang memerlukan, dan andau hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.

2. Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.

3. Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Puji-Pujian: Sesuatu yang mudah seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang.

6. Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.

7. Bersendirian: Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tidak mengapa, anda masih menang.

10. Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa anda.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Petua Untuk Menjaga Hati Orang Yang Tersayang”

  1. Sesuai untuk pasangan2 yg dah berkahwin nie.. yg x kahwin lg tu jgn dok menggatal.. hehe 😀
    Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi dialog lawak yang mencuit hati (Part 2)My Profile

  2. VIMAX2U says:

    kadang2 hati kita ni kena jaga ak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge