Petua Untuk Mengelakkan Sakit Belakang

backpain-depression-men-400x400.jpg

Petua Untuk Mengelakkan Sakit Belakang | Apabila kita berjalan jauh, kita sering mengalami sakit belangkang dan juga letih dibahagin leher. Dianggarkan 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk.

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi. Di sini terdapat petua untuk anda bagi mengelakkan sakit belakang.

Petua Untuk Mengelakkan Sakit Belakang

  1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

Cara rawatan di rumah:

  1. Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  2. Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  3. Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  4. Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  5. Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

SELAMAT MENCUBA!!

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Petua Untuk Mengelakkan Sakit Belakang”

  1. sayidah says:

    apa maksud mengampu lutut?
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  2. vcore says:

    nice petua..

  3. petua menarik,boleh dipraktikkan lepas ni
    normazila ahmad recently posted…VIDEOMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge