Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

Petua-Turunkan-Berat-Badan-Dengan-Air-Kosong.jpg

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong | Kenapa ada orang susah sangat nak turun berat badan? Senaman dah buat, diet pon dah sampai ada yang sanggup tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik tau..

Di sini Puteri kongsikan satu petua turunkan berat badan yang sangat mudah. Iaitu turunkan berat badan dengan air kosong. Air kosong?? ya, air kosong, senang nak dapat dan paling murah.

Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam

unit ml =  (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:

Berat badan Ali ialah 75kg.

(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

dan banyak lagi kelebihan minum air kosong nih. Jadi, pastikan anda minum air kosong yang cukup untuk menjaga kesihatan diri anda. Selamat Mnecuba =)

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong”

  1. kalau makan supplement pun dorang suruh minum air kosong & berpantang minum ais jugak utk dapat effect tak kira nak turunkan berat badan atau nak cantikkan kulit. Suppliement tu cuma membantu jer.. selebihnya disiplin kita jugak.
    lekatlekitgurl recently posted…BAKAL NURSE BERTUDUNG BERGAMBAR DENGAN ANU LELAKIMy Profile

  2. Yup.. air kosong nie mencuci perut setelah bermacam2 jenis makanan kita sumbat.. yg x best plak, banyak minum air kosong cepat sangat nak kencing. huhu 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di DamansaraMy Profile

  3. I really enjoy reading things like this, ever since my awakening at the starting out in this calendar year. previously before this I would joke content like this.

  4. World WarZ says:

    Pigi Dahh..
    Cuba anda syorkan pada seseorang yang berat badan mereka 180 kilogram tengok samada berkesan atau tidak..
    Nak kuruskan badan atau nak turunkan berat badan bukan macam nasehat kat atas tetapi kena kena menjaga pemakanan (diet) dengan cara yang betul dan tegas.
    Togok lah air walau setempayan pun tetapi kalau bersulam dengan mentedarah mencekek macam esok dah nak kiamat maka sampai mati pun berat badab tak leh turun malah berat badan mencanak naik macam di PAM PAM.
    Air bukan suatu diet tapi keperluan tubuh menyembangi suhu dan melastari kadaan anda panas atau sejuk berpeloh banyak atau sedang sejuk mengigil terketar ketar… Tetapi apa yang anda makan bahan pepejal atau pepakat dan itu lah perkara yang anda perlu ambil berat demi menurunkan berat badan yang gedempol macam badak air kat zoo melaka hahahaha
    Mengong… sib baek aku alien tak kurus tak gemok hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge