Petua Tradisional Merawat Sengugut

images-3-e1373080898740.jpg

Petua Tradisional Merawat Sengugut

Petua Tradisional Merawat Sengugut – Kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea). Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaannya ia sering dialami pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekunder pula disebabkan oleh endometriosis.

Endometriosis pula merujuk kepada keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

halia

Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua tradisional di bawah ini:

  1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinaNg bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
  2. Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
  3. Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  4. Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
  5. Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

 

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Petua Tradisional Merawat Sengugut”

  1. jetoll says:

    Ok gak ikut petua nih

    1. kucinghitam says:

      perempuan semua ambil perhatian ok
      kucinghitam recently posted…KEPUTUSAN PEMENANG DIGI WWWOW 2013My Profile

  2. Eyma Lydia says:

    Perghhh….. sebarkan , Hekhek

    1. kucinghitam says:

      hehe jangan la malu ni petua nie
      kucinghitam recently posted…KEPUTUSAN PEMENANG DIGI WWWOW 2013My Profile

  3. kucinghitam says:

    nasib la perepuan kalo mai bulan muka muncung semacam jer
    kucinghitam recently posted…KEPUTUSAN PEMENANG DIGI WWWOW 2013My Profile

  4. Datin Tyka says:

    alhamdulillah DT jarang kena sengugut ni
    Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  5. Mawardiyunus says:

    eh nak tya, lelaki pom ada senggugut gak ker? huhu
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  6. Atiqa anuar says:

    nice tip. tapi rasa susah nak buat. hehe apa rumput jarum emas tu.? hehe
    Atiqa anuar recently posted…Kerana Terlalu Sempurna dan Untuk Siapa Sempurna muMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge